Labels

CARA ORDER

INFO BERGUNA

Menu

Tuesday, 26 May 2015

Petunjuk Anak Sedia Ke Tandas

Salam Sejahtera 




Sampai bila agaknya mama hendak menggantikan lampin pakai buang anak dalam sehari? Apatah lagi si kecil sudah semakin membesar dan sudah boleh bercakap untuk memberitahu kehendaknya. Rasanya sudah sampai masa untuk mama mengajar si manja ke tandas sendiri.
Sebelum itu mama perlu tahu apakah petunjuk anak sudah bersedia untuk ke tandas sendiri. 

Selain dapat menjimatkan kos membeli lampin pakai buang, anda juga membantu memelihara alam sekitar.



Perkongsian menarik nie untuk ibu yang baru nak latih anak ke tandas. 

1.Tidak selesa

Semakin membesar si kecil semakin banyak ragamnya. Perasan tak kelakuan anak anda yang berusaha untuk membuka lampin pakai buang yang sudah dipakaikan.  Ini petunjuk dia sebenarnya sudah tidak selesa memakai lampin dan mahu bebas tanpanya. Daripada anda berkeras memaksanya memakai lampin tersebut lebih baik anda ajar anak memberitahu keinginan untuk ke tandas.

2.Menyorok

Kadang kala ada kanak-kanak yang suka menyorok di sudut tertentu dalam rumah jika mahu melepaskan hajatnya. Sekiranya anak anda berkelakuan demikian, lebih baik ajar dia ke tandas jika mahu melepaskan hajat.

3.Memberitahu

Tentu mama rasa seperti hendak marah sekiranya si kecil memberitahu lampinnya sudah kotor dan perlu diganti, padahal baharu sahaja setengah jam dipakai. Ini bererti dia sudah tidak selesa menggunakan lampin pakai buang.

4.Meniru

Perkara ini dilakukan oleh hampir kebanyakan kanak-kanak. Perasan tak jika anda mahu ke tandas ketika di rumah, anak akan mengikut. Sebenarnya ia petunjuk bahawa anak anda sedang memerhati dan mempelajari bagaimana cara untuk ke tandas sendiri.




1 comment:

  1. Cara efektif melatih si manja ke tandas dan berdikari: http://www.boxingpartner.com/products/Foldable-Toilet-Bowl-01/83

    ReplyDelete