Monday, 25 May 2015

9 Bentuk Pembaziran Manusia

Assalamualaikum

Selamat Pagi Semua




Kebiasaan kita mengetahui  membazir itu sedara syaitan. Fokus mesti kepada makanan kalau bab membazir. Tetapi sebenarnya konsep pembaziran ini sangat luas tau. Sebagai manusia kita mesti tahu bentuk pembaziran yang selalu berlaku dalam kehidupan kita seharian.

Untuk perkongsian ilmu kita bersama saya nak senaraikan bentuk- bentuk pembaziran yang kita terlepas pandang atau tidak ketahui.

Menurut Ibnu Al-Qayum Al- Jauziah mengatakan terdapat sembilan bentuk pembaziran yang sering dilakukan oleh manusia.


  • Pertama - Pembaziran Ilmu Pengetahuan 

Ilmu yang tidak diamalkan pada jalan kebaikan

  • Kedua  - Pembaziran Amalan

Amalan yang tidak dilakukan dengan lkhlas

  • Ketiga - Pembaziran Kekayaan

Harta yang dibelanjakan kepada pekara yang tidak bermanfaat dan tidak diredai oleh Allah

  • Keempat - Pembaziran Hati

Hari yang tidak kasihkan Allah swt

  • Kelima - Pembaziran Tubuh badan 

Tubuh yang tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah  swt

  • Keenam - Pembaziran Cinta

Cinta yang dicurahkan kepada selain Allah atau melebihi cinta kepadaNYA

  • Ketujuh- Pembazitan Masa

Masa yang tidak diurus dengan sebaiknya 

  • Kelapan - Pembaziran Akal

Akal yang tidak memikirkan sesuatu yang bermakna kepada agama

  • Kesembilan - Pembaziran Zikir

Zikir yang  tidak memberi kesan kepada hati 


JOM KITA SAMA- SAMA PERBETULKAN YANG SALAH , PERBANYAKKAN YANG KURANG. SEMOGA SEGALA KEBAIKAN KITA DITERIMA OLEH ALLAH SWT. 


TAMBAH ILMU TAMBAH AMAL.... SEMOGA BERMANFAAT








Reactions:

0 comments:

Post a Comment