Friday, 29 May 2015

Bahaya Kentut Vagina & Cara Rawatan Selamat

Salam Sejahtera

Kentut Vagina  sering dialami oleh wanita terutamanya yang telah menopause. Selain itu, ibu-ibu yang baru lepas melahirkan juga sering terdedah kepada masalah kentut vagina kerana alat sulit menjadi longgar selepas perineum digunting ataupun terkoyak semasa proses kelahiran.


Selepas melahirkan anak, lazimnya faraj akan mengembang dan keadaan ini akan menjadi lebih teruk apabila menopos. Kekenduran tisu pada faraj dan bibir di permukaan faraj berlaku apabila hormon kewanitaan (estrogen dan progesterone) tidak lagi dikeluarkan oleh kedua kilang ovari..Keadaan ini akan menyebabkan bibir di permukaan faraj renggang dan udara dapat memasukki ke dalam faraj terutama dalam posisi sujud.


Kentut Vagina juga berlaku apabila ligamen dan otot-otot di pelvis (pinggul) menjadi lemah atau rosak dan tidak boleh lagi menampung organ pada bahagian itu. Seterusnya ia akan menyebabkan rahim jatuh keluar daripada faraj, pundi kencing akan menonjol ke dinding faraj dan usus besar menonjol arah belakang faraj.


Apa Punca Berlakunya Kentut Vagina?

Dari segi saintifik vagina adalah satu tiub berotot dan berdinding membran sepanjang 7-9 cm yang menghubungkan pangkal rahim ke bukaan faraj. Biasanya angin akan masuk melalui kelopak besar labia (labia majora) jika rahim anda dikatakan longgar. Dalam keadaan biasa angin tidak boleh masuk melalui sini.

Kentut vagina boleh berlaku bila otot-otot kemut sudah hilang keanjalan lagi, masalah peranakan jatuh ataupun disebabkan oleh proses melahirkan yang berulang kali. Biasa dengar kan bila kita dalam tempoh berpantang, mak kita dulu suruh “sengkak” kan. Iaitu untuk angkat peranakan yang dilakukan oleh bidan. Yang bab sengkak tu Mak Jemah tak berani nak komen lebih sebab tidak pasti dari segi perubatan dibolehkan atau digalakkan atau tidak.

Bila kita faham yang vagina adalah satu tiub berotot, jadi secara lojiknya jika ia sudah mula kendur, banyak masalah yang akan berlaku seperti vagina yang boleh dimasuki angin yang akan menghasilkan keadaan seperti kentut. Masalah lain bagi rahim longgar adalah kencing tidak lawas. Sebab itulah sebagai wanita kita digalakkan berdehem semasa membuang air kecil untuk membolehkan saki baki air kencing dapat keluar dengan sepenuhnya.


Bagaimana Nak Kesan Kita Mengalami Kentut Vagina?

Anda boleh rasa keadaan ini terutama apabila kita dalam posisi sujud. Selepas melahirkan lazimnya faraj akan mengembang dan jadi lebih teruk selepas menopos. Apabila dalam posisi sujud, anda boleh merasakan ada keluar angin dari faraj anda dan ia bukanlah kentut biasa, kentut faraj tidak berbau. Jika ianya berbau anda kena rujuk pakar ditakuti ada masalah lain.

Cara Mengatasi Kentut Vagina

Anda boleh membuat senaman kemutan ataupun dipanggil senaman “kagel” untuk menguatkan lantai pelvik. Cara membuatnya senang sahaja iaitu dengan kemut otot pelvik anda selama 5 saat dan rehat 5 saat. Ulang sehingga lima kali setiap sesi dan seeloknya boleh dilakukan bila-bila masa. Sambil duduk tengok tv pun boleh buat.

Bagaimana nak tahu kemutan yang betul? Ia adalah seperti anda menahan kencing. Buat berulangkali senaman ini akan memberi kesan yang baik kepada otot lantai pelvik.


Supplemen untuk Masalah Faraj Longgar / Mengetatkan faraj


Jika anda tercari-cari supplemen yang selamat dan semulajadi untuk diamalkan sebagai cara untuk mengatasi masalah faraj longgar, anda sangat di sarankan untuk mengambil produk Shaklee iaitu :



Alfalfa : Raja tumbuhan dan bertindak sebagai kacip fatimah (perapat). Ia adalah sejenis herba yang dapat membantu mengetatkan faraj, menghilangkan masalah keputihan, bertindak sebagai anti-bau pada alat sulit dan membantu menghangatkan hubungan suami isteri. Sebagai wanita yang ingin menjaga dalaman anda, anda WAJIB mempunyai alfalfa.



GLA : GLA Shaklee ini adalah sangat terbaik untuk wanita kerana ia membantu menstabilkan hormon, melawaskan pengeluaran darah nifas, pelincir penggalak semasa hubungan intim dan juga membantu mendapatkan kulit yang cantik.

Bagaimana respon mereka yang telah mengamalkannya. mari kita lihat.....

Testimoni 1


 Testimoni 2

Testimoni 3





Bagi anda yang sedang alaminya segera la cari rawatan terbaik untuk mengatasinya. Jika tidak dirawat dengan kadar segera boleh mendatangkan masalah yang lain. 

Yang inginkan suppliment yang tersebut boleh la segera hubungi saya terus @ sms / Whatsapp  Hana 019-5434395







Tuesday, 26 May 2015

Petunjuk Anak Sedia Ke Tandas

Salam Sejahtera 




Sampai bila agaknya mama hendak menggantikan lampin pakai buang anak dalam sehari? Apatah lagi si kecil sudah semakin membesar dan sudah boleh bercakap untuk memberitahu kehendaknya. Rasanya sudah sampai masa untuk mama mengajar si manja ke tandas sendiri.
Sebelum itu mama perlu tahu apakah petunjuk anak sudah bersedia untuk ke tandas sendiri. 

Selain dapat menjimatkan kos membeli lampin pakai buang, anda juga membantu memelihara alam sekitar.



Perkongsian menarik nie untuk ibu yang baru nak latih anak ke tandas. 

1.Tidak selesa

Semakin membesar si kecil semakin banyak ragamnya. Perasan tak kelakuan anak anda yang berusaha untuk membuka lampin pakai buang yang sudah dipakaikan.  Ini petunjuk dia sebenarnya sudah tidak selesa memakai lampin dan mahu bebas tanpanya. Daripada anda berkeras memaksanya memakai lampin tersebut lebih baik anda ajar anak memberitahu keinginan untuk ke tandas.

2.Menyorok

Kadang kala ada kanak-kanak yang suka menyorok di sudut tertentu dalam rumah jika mahu melepaskan hajatnya. Sekiranya anak anda berkelakuan demikian, lebih baik ajar dia ke tandas jika mahu melepaskan hajat.

3.Memberitahu

Tentu mama rasa seperti hendak marah sekiranya si kecil memberitahu lampinnya sudah kotor dan perlu diganti, padahal baharu sahaja setengah jam dipakai. Ini bererti dia sudah tidak selesa menggunakan lampin pakai buang.

4.Meniru

Perkara ini dilakukan oleh hampir kebanyakan kanak-kanak. Perasan tak jika anda mahu ke tandas ketika di rumah, anak akan mengikut. Sebenarnya ia petunjuk bahawa anak anda sedang memerhati dan mempelajari bagaimana cara untuk ke tandas sendiri.




Manfaat Set Resdung Shaklee


Salam Sejahtera  



Resdung, Adakah anda seorang pengidap resdung ? Bagaimana anda atasi masalah resdung anda ? 



Kalau kita tahu resdung nie adalah sejenis penyakit dalaman yang kalau dibiarkan tanpa pencegahan akan menyebabkan kesan yang lebih teruk kepada tahap kesihatan kita. Kebiasaannya penyakit resdung ini akan menyebabkan berlakunya ketidakselesaan yang sangat ketara. 



Ramai yang menganggap penyakit resdung ini tidak merbahaya malah ada yang mengabaikan walaupun hakikatnya jika dibiarkan menjadi kronik ia boleh menyebabkan komplikasi kepada otak dan membawa maut


Apakah punca penyakit Resdung? 


Kebiasaanya , para pesakit resdung akan mengalami situasi seperti bersin yang kerap , dengkuran luar biasa , batuk , gatal hidung dan mata, cepat letih
muka terasa sakit dan pening kepala waktu pagi . Bagi yang alami resdung yang  teruk akan rasa ketidakselesaan yang ketara pada bahagian sekitar muka dan hidung            


Cadangan suppliment untuk langkah - langkah pencegahan masalah resdung 
  1. Alfalfa Complex
  • Berfungsi mengurangkan tahap keradangan penyakit resdung (sinuisitis).
  • Ramuannya yang kaya dengan sumber klorofil dapat membantu mengurangkan tahap keradangan daripada alergi (allergy), gegata (hives) dan resdung (sinuisitis).
  • Namun begitu, mereka menghidap penyakit SLE tak digalakkan mengambil alfalfa sebagai suplemen.

   2. B Complex
  • Kandungan B6 dalam B Complex berperanan penting untuk memulihara selaput lendir agar kekal sihat dan membantu penghasilan antibodi badan.
  • Bertindak sebagai anti-stress. Apabila resdung menyerang, B Complex akan menjadi penstabil hormon dan penenang semulajadi bagi mengurangkan kesakitan di bahagian muka.
  • Membantu dalam membina protein dalam tubuh.

   3. Vitamin C
  • Ia berfungsi sebagai antioksida yang unggul dalam meningkatkan antibodi dan daya tahan (imuniti) seseorang menghadapi serangan penyakit.
  • Mempercepat proses penyembukan tisu tubuh.
  • Vitamin C memastikan proses pemuliharan proses metabolisme dalam tubuh berfungsi dengan baik dan sempurna.



Terbukti keberkesanannya bagi merawat masalah resdung, sehinggakan terdapat berlambak Testimoni yang telah mencuba dan berpuas hati. Masalah resdung mereka semakin pulih dari hari ke hari pengambilan Set Resdung ini.

Mari saya tunjukkan kepada anda Testimoni yang telah mengamalkannya .



Testimoni Pertama




Testimoni Kedua .


Segera lah rawat resdung anda. Set Resdung ini bukanlah untuk pengunaan sebulan sahaja. Tapi pengunaannya adalah selama 3 bulan lebih . Kesannya akan ada rasai seawal 2 minggu pengunaan.

Bagaimana nak dapatkan Set Resdung ini ???

Ada boleh terus hubungi saya Hana 019-5434395 atau nak sms @ whatsapp pun boleh. Jika lebih mudah PM terus di Facebook saya https://www.facebook.com/hana.deqna




















Menyusu Dan Berpuasa Dengan Shaklee

Salam Sejahtera 


Tak lama lagi dah kita nak berpuasa. Masuk tahun ini dah 2 tahun saya berpuasa sambil menyusu . Permulaan dulu memang ada risau jugak . Cukup ke keperluan si anak nanti bila menyusu. Tapi Alhamdulillah semua berjalan lancar. Rezeki anak tetap meriah walaupun si ibu berpuasa.



Anda seorang ibu yang menyusukan anak, samada seorang surirumah yang mampu direct-feed sepanjang masa, mahupun seorang work-and-pump-mom ,persediaannya adalah sama. Anda harus berada dalam tahap kesihatan yang optimum. Makan secara teratur dan mengamalkan pengambilan makanan yang sihat dan seimbang harus diamalkan sedari kini.


Jangan sesekali skip makan dan pastikan tubuh anda cukup air. Pengambilan suplemen sangat membantu bagi memenuhi keperluan vitamin yang tubuh anda tidak mampu perolehi daripada pengambilan makanan harian.



Cadangan suplemen semasa berpuasa :-

  • Protein - cadangan SHAKLEE ESP : untuk tenaga dan membantu mempercepatkan penghasilan susu badan.


  • Multivitamins - cadangan SHAKLEE Vita-Lea with Iron Formula : memastikan tubuh kita tetap mendapat kesemua vitamin dan mineral yang diperlukan meskipun sedang berpuasa


  • Vitamin C - cadangan SHAKLEE Sustain-Release Vita-C 500mg : membantu kita kekal sihat sepanjang berpuasa


  • B Complex - cadangan SHAKLEE B Complex : vitamin ini menukarkan gula kepada tenaga sekaligus membuatkan kita kekal bertenaga, memberi mood yang stabil di samping membantu keseimbangan aktiviti sel tubuh


  • Energy Drinks - cadangan SHAKLEE Performance Drink : membantu mengekalkan keseimbangan gula dalam darah supaya ibu tidak mudah letih (ataupun pengsan) dan juga mengelakkan dehidrasi.

  • Alfalfa - pilihan lain bagi ibu-ibu yang ada kekangan budget membeli ESP



Walaubagaimanapun, perlu saya tekankan di sini, bahawa ini adalah cadangan dan pengambilan suplemen adalah bergantung kepada keperluan tubuh anda.


Pengalaman saya mengandung, menyusu semasa berpuasa dengan suppliment Shaklee ternyata sangat membantu. badan lebih bertenaga, tak cepat letih, stok susu untuk anak sentiasa meriah.Mood nak letih- letih tak rasa langsung. Alhamdulillah sangat berpuas hati .

Apakata saya kongsikan pengalaman orang ramai yang telah mengamalkan . Bagaimana respon ibu - ibu yang menyusu sambil berpuasa.







Persiapan untuk keperluan anak pun mesti kita ambil berat jugak . Lagi- lagi bagi anak yang masih kecil. Keperluan susu untuk bantu pembesaran mereka mesti cukup dan berkhasiat. Si ibu mesti mendapatkan makanan tambahan yang terbaik supaya tubuh badan ibu dapat berfungsi dengan baik serta segala nutrisi dapat disalurkan kepada anak dengan lancar.

Saya juga ibu yang menyusu masih mengamalkan Set Penyusuan Shaklee sehingga hari ini. Jadi bila tiba bulan puasa nanti saya tak risau la kalau - kalau susu tiba - tiba merundum. Penyelesaiannya sentiasa ada.

Bagi anda yang ingin mendapatkan Set Penyusuan ini boleh la hubungi saya terus atau whatsapp Hana  019-5434395







Monday, 25 May 2015

9 Bentuk Pembaziran Manusia

Assalamualaikum

Selamat Pagi Semua




Kebiasaan kita mengetahui  membazir itu sedara syaitan. Fokus mesti kepada makanan kalau bab membazir. Tetapi sebenarnya konsep pembaziran ini sangat luas tau. Sebagai manusia kita mesti tahu bentuk pembaziran yang selalu berlaku dalam kehidupan kita seharian.

Untuk perkongsian ilmu kita bersama saya nak senaraikan bentuk- bentuk pembaziran yang kita terlepas pandang atau tidak ketahui.

Menurut Ibnu Al-Qayum Al- Jauziah mengatakan terdapat sembilan bentuk pembaziran yang sering dilakukan oleh manusia.


  • Pertama - Pembaziran Ilmu Pengetahuan 

Ilmu yang tidak diamalkan pada jalan kebaikan

  • Kedua  - Pembaziran Amalan

Amalan yang tidak dilakukan dengan lkhlas

  • Ketiga - Pembaziran Kekayaan

Harta yang dibelanjakan kepada pekara yang tidak bermanfaat dan tidak diredai oleh Allah

  • Keempat - Pembaziran Hati

Hari yang tidak kasihkan Allah swt

  • Kelima - Pembaziran Tubuh badan 

Tubuh yang tidak digunakan untuk beribadah kepada Allah  swt

  • Keenam - Pembaziran Cinta

Cinta yang dicurahkan kepada selain Allah atau melebihi cinta kepadaNYA

  • Ketujuh- Pembazitan Masa

Masa yang tidak diurus dengan sebaiknya 

  • Kelapan - Pembaziran Akal

Akal yang tidak memikirkan sesuatu yang bermakna kepada agama

  • Kesembilan - Pembaziran Zikir

Zikir yang  tidak memberi kesan kepada hati 


JOM KITA SAMA- SAMA PERBETULKAN YANG SALAH , PERBANYAKKAN YANG KURANG. SEMOGA SEGALA KEBAIKAN KITA DITERIMA OLEH ALLAH SWT. 


TAMBAH ILMU TAMBAH AMAL.... SEMOGA BERMANFAAT








Friday, 22 May 2015

Amalan Membuka Pintu Rezeki Kita

Assalamualaikum... Salam Jumaat Semua


Bagaimana hendak menjemput rezeki setiap hari? Sedikit perkongsian untuk kita sama - sama amalkan




Amalan 1.Selalu Menyempatkan diri beribadah 

 Allah tidak sia-siakan pengabdian diri hamba-Nya,seperti firman-Nya dalam Hadis Qudsi:

“Wahai anak Adam,sempatkanlah untuk menyembah-Ku,maka Aku akan membuat hatimu kaya dan menutup kefakiranmu.Jika tidak melakukannya maka Aku akan penuhi tanganmu dengan kesibukan,dan Aku tidak menutup kefakiranmu.”(Riwayat Ahmad, Tirmizi, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abu Hurairah r.a.)



 Amalan 2.Memperbanyak istighfar 

Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah,yang menjadi sebab Allah merasa sayang  pada hamba-Nya,lalu Allah berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan dari hamba yang meminta itu

.Sabda Nabi Muhammad s.a.w.:“Barang siapa memperbanyak istighfar,maka Allah S.W.T  akan menghapuskan segala kedukaannya,menyelesaikan segala masalahnya,dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.”(Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.)

 Amalan 3.Meninggalkan perbuatan dosa 

Istighfar tidak diterima di sisi Allah jika masih saja berbuat dosa.Dosa bukan saja membuat hati menjadi resah,Namun juga akan menutup pintu rezeki.Sabda Nabi Muhammad s.a.w.:“… dan seorang lelaki akan diharamkan baginya rezeki karena dosa yang diperbuatnya.”(Riwayat at-Tirmizi)

Antara perbuatan dosa yang sehari-hari kita lakukan:

- Memandang aurat manusia – Mengumpat secara berlebihan (termasuk juga melalui media internet menggunakan papan keyboard)- Berburuk sangka – Memandang rendah keadaan orang lain – Merasa diri lebih baik dan utama – buang sampah sembarangan atau keluar dari kendaraan  dan perkara- perkara yang anda pikirkan sebagai sesuatu yang tidak baik



 Amalan 4.Sentiasa ingat kepada Allah 

Banyak mengingat Allah membuatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang.Ini rezeki yang hanya Allah berikan kepada orang beriman (yaitu Islam).Firman-Nya:“(iaitu) orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingatAllah . Ingatlah, hanya dengan mengingat  Allah hati menjadi tenteram.”(Al Quran, Surah Ar-Ra’d, Ayat 28)

Antara amalan mengingat Allah yang bisa kita lakukan:

- sambil kerja sambil berzikir dalam hati (tak mesti gerakkan mulut)- banyakkan bersyukur setiap 1 jam (dengan cara anda masing-masing)- mulakan setiap 1 hal atau aktivitas dengan Bismillah (kalau anda mampu)- dan apa saja perbuatan “baik” asalkan pikiran anda senantiasa mempunyai“connection” dengan Allah tanpa terjadinya “disconnect” dengan Allah.

Amalan 5.Berbakti dan mendoakan ibu bapa 

Dalam hadis riwayat dari Imam Ahmad,Nabi Muhammad s.a.w. berpesan,agar siapa yang ingin panjang umur dan ditambahkan rezekinya,hendaklah berbakti kepada ibu bapanya dan menyambung tali kekeluargaan.Nabi Muhammad s.a.w. juga bersabda:“Siapa berbakti kepada ibu bapanya,maka kebahagiaanlah buatnya,dan Allah akan memanjangkan umurnya.”(Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim)

Mendoakan ibu bapak juga menjadi sebab mengalirnya rezeki,berdasarkan sabda Nabi s.a.w.:“Apabila hamba itu meninggalkan berdoa kepada kedua orang tuanya, niscaya terputuslah rezeki (Allah ) daripadanya. “(Riwayat al-Hakim dan ad-Dailami)  

Amalan 6.Berbuat baik dan menolong orang yang lemah 

Berbuat baik kepada orang yang lemah, termasuk juga menggembirakan dan membahagia orang tua, orang yang sakit, anak yatim dan fakir miskin, juga isteri dan anak-anak yang masih kecil.

Sabda Nabi Muhammad s.a.w.:“Tidaklah kamu diberi pertolongan dan diberi rezeki,melainkan karena orang-orang lemah di kalangan kamu.”(Riwayat Bukhari)

Amalan 7.Tunaikan atau Penuhi  Keperluan orang lain 

Menunaikan atau memenuhi keperluan atau keinginan  orang,menjadi sebab Allah melapangkan rezeki dalam bentuk yakni terpenuhinya hajat atau keinginan kita sendiri,seperti sabda Nabi Muhammad s.a.w.:“Siapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah akan menunaikan hajatnya…”(Riwayat Muslim) 



Amalan 8.Banyak bersalawat 

Ada hadist yang menganjurkan bersalawat jika hajat atau cita-cita tidak tertunai,kerana salawat itu dapat menghilangkan kesusahan, kesedihan,salawat itu dapat menghilangkan kesukaran serta meluaskan rezeki,salawat itu dapat menyebabkan terlaksananya semua hajat.Wallahu a’lam.


Amalan 9.Buat kebajikan sebanyak-banyaknya 

Ibnu Abbas berkata:“Sesungguhnya kebajikan itu memberi cahaya kepada hati,kemurahan rezeki, kekuatan jasad dan disayangi oleh makhluk yang lain.Manakala kejahatan pun bisa menggelapkan rupa,menggelapkan hati, melemahkan tubuh, sempit rezeki & makhluk lain mengutuknya. “ 



Amalan 10.Beraktiviti di waktu pagi 


 Menurut Nabi Muhammad s.a.w.,berpagi-pagi (memulai aktiviti harian sebaiknya selesai solat Subuh berjemaah)adalah amalan yang berkat.



Amalan 11.Menjalin silaturrahim 

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda:“Barang siapa ingin dilapangkan rezekinya dan dilambatkan ajalnya,maka hendaklah dia menghubungi sanak-saudaranya. “(Riwayat Bukhari)


 Amalan 12.Membiasakan selalu dalam keadaan berwudhu

Seorang Arab badui menemui Nabi Muhammad s.a.w.dan meminta pedoman mengenai beberapa perkara termasuk minta dimurahkan rezekiNabi Muhammad s.a.w. pun bersabda:“Senantiasalah berada dalam keadaan bersih (dari hadas)niscaya Allah akan memurahkan rezeki.”(Diriwayatkan dari Sayyidina Khalid al-Walid) 


Amalan 13.Bersedekah 

Sedekah mengundang rahmat Allah dan menjadi sebab Allah membuka pintu rezeki.Nabi Muhammad s.a.w. bersabda kepada Zubair bin al-Awwam:“Hai Zubair,ketahuilah bahwa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy,yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya.Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain,niscaya Allah membanyakkan baginya.Dan siapa yang menyedikitkan,niscaya Allah menyedikitkan baginya.”(Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.)



 Amalan 14.Membiasakan diri untuk solat malam (Solat Tahajud) 

Hadits menunjukkan bahwa amalan solat tahajjud memudahkan manusia untuk memperoleh rezeki,menjadi sebab seseorang itu dipercayai dan dihormati orangdan doanya dimakbulkan oleh Allah .

Amalan 15.Membiasakan Solat Dhuha 

Waktu Solat Dhuha- adalah 28 menit selepas waktu syuruk- waktu syuruk = waktu terbit matahari- waktu maksimum Dhuha ketika kurang lebih 15 menit sebelum masuk waktu zuhur

Solat Dhuha lazimnya dilakukan disaat manusia sibuk dengan urusan duniaAmalan ini mempunyai rahasia tersendiri yang luar Biasa.Firman Allah dalam hadis qudsi:“Wahai anak Adam,jangan sekali-kali engkau malas mengerjakan 4 rakaat pada waktu permulaan siang(solat Dhuha),nanti pasti akan Aku cukupkan keperluanmu pada petang harinya.”(Riwayat al-Hakim dan Thabrani)


Amalan 16.Bersyukur kepada Allah 

Syukur ertinya mengakui segala pemberian dan nikmat dari Allah.Lawannya adalah kufur nikmat

Allah berfirman:“Sesungguhnya!Jika kamu bersyukur,niscaya akan Aku tambahi nikmat-Ku kepadamu,dan jika kamu kufur,sesungguhnya azab-Ku amat keras.”(Al-Quran, Surah Ibrahim, Ayat 7)Allah berfirman lagi:“… dan Kami akan memberi balasan kepada orang-orang yang bersyukur.(Al-Quran, Surah Ali Imran, Ayat 145)


Tambah Ilmu Tambah Amal..... Selamat Beramal



Thursday, 21 May 2015

Rajin - Rajinlah Berjalan Kaki!

Salam Sejahtera

Adakah anda ibu hamil?? Sedikit perkongsian  untuk anda yang inginkan kecerdasan sepanjang proses kehamilan. Jemput baca ye.



Kebanyakan ibu hamil tentu setuju kalau dikatakan agak malas hendak berjalan di hujung usia kehamilan. Saiz perut yang semakin membesar membuatkan ibu rasa seperti mahu duduk di atas troli dan ada orang menolaknya jika mahu ke mana-mana.

Tetapi ibu perlu tahu bahawa dengan rajin berjalan kaki sepanjang kehamilan dan terutamanya pada trimester ketiga, ia memberi banyak manfaat kepada ibu dan bayi dalam kandungan. Tetapi ia juga bergantung kepada keadaan ibu itu sendiri dan perlu mengikut cara yang selamat.

Sekurang-kurangnya dalam tempoh seminggu, ibu perlu berjalan kaki selama 150 minit atau lebih kurang antara 20 hingga 25 minit setiap hari. Berjalan kaki dapat membuatkan ibu berasa cergas dan aktif. Bahkan ia membantu ibu mendapatkan berat kehamilan yang sihat dan mengurangkan risiko keguguran, bayi meninggal dalam kandungan dan paling utama masalah diabetes ketika hamil.

Ibu juga akan berasa lebih bertenaga, mudah tidur, mengurangkan tekanan ketika hamil dan secara psikologi, ibu akan lebih kuat dan bersemangat. Aktiviti berjalan kaki mudah dilakukan pada bila-bila masa sahaja. Tiada alasan untuk ibu katakan tidak punya masa untuk melakukan senaman jalan kaki.

Berikut beberapa idea aktiviti berjalan kaki yang ibu boleh lakukan setiap hari.

*Parkir kereta di tempat yang jauh daripada pintu masuk ke pejabat, pusat membeli belah dan sebagainya. Secara tidak langsung ia membuatkan ibu perlu berjalan sekurang-kurangnya beberapa minit.

* Jangan asyik membeli belah secara online sahaja dengan alasan malas hendak berjalan kerana perut semakin besar. Sesekali keluar membeli belah barangan bayi di pusat membeli belah. Secara tidak langsung anda sudah melakukan aktiviti berjalan kaki.

*Bawa anak bermain di taman. Jangan malas membawa anak yang sedia ada untuk beriadah di taman. Selain menemani anak, anda juga boleh beriadah sama dengan berjalan kaki.

*Gunakan tangga berbanding lif. Ia kedengaran zalim tetapi ketahuilah manfaatnya kepada ibu hamil. Tetapi ia sesuai untuk naik ke satu atau dua tingkat berbeza sahaja! Ini kerana naik turun tangga juga sama kesannya dengan berjalan kaki.

*Jangan malas bergerak. Sekiranya ada urusan di pejabat yang ingin disampaikan kepada rakan di jabatan lain, anda boleh berjalan ke arah mereka berbanding menggunakan teknologi e-mel atau Whastapp. Walaupun jaraknya dekat tetapi jika kerap dilakukan sehari sekurang-kurangnya anda telah melakukan senaman berjalan kaki pada hari itu.


Nak Suppliment Percuma Tak?

Salam Sejahtera 


Hai  semua... Mesti terkejut tengok tajuk perkongsian saya hari nie. Dapat vitamin percuma sapa tak mahu kan. Lagi-lagi Vitamin yang terbaik dari Shaklee. Memang berbaloi - baloi la. Selalu tiap- tiap bulan ada promosi produk sahaja tapi kali nie promosi pun ada tambah dengan bagi percuma lagi . Amat rugi la sapa yang tak ambil peluang nie.

Nak tahu apa Vitamin yang percuma tu tak??. Jawapannya Vitamin Vitalea Multivitamin .
Nak tahu berapa harganya kalau tak percuma . Dalam rm 90 lebih untuk satu botol Vitalea . Tapi Shaklee nak bagi percuma bulan nie untuk anda semua.


Untuk bulan Mei hingga bulan Oktober Shaklee memberi percuma sebotol Vitalea Multivitamin untuk pelangan Shaklee semperna 100 tahun sambutan Multivitamin .

Boleh rujuk sini untuk lebih info .




Ramai yang tanya saya bila tahu promosi ini . Apa manfaat Vitalea Multivitamin nie kalau kita ambil . Salah satu manfaatnya adalah sebagai penambah tenaga segera , beri lebih kecerdasan kepada tubuh dan juga kepada kekuatan mental yang sekaligus mampu membantu sistem memori dan juga beri kita lebih fokus dalam menjalani sebarang tugasan harian. 


Itu salah satunya manfaat yang akan anda dapat jika mengamalkan Vitalea Multivitamin nie . Jika nak tahu lagi banyak manfaat sila lihat poster iklan ini .






Sedikit fakta nutrisi yang terdapat dalam Vitalea ini adalah terdapat Vitamin - vitamin yang penting untuk kesihatan tubuh kita . Salah satunya yang ada adalah :

1.Vitamin A - Bertindak untuk kesihatan mata , kulit , antioksida , melawan kanser , cegah rabun malam, bantu tumbesaran , kuatkan kerangka tulang , gusi , gigi, sistem respiratori , sistem imun dan rambut yang sihat.

2.Vitamin D - Membantu memperkasakan kepadatan tulang , mencegah peyakit tulang lembut , osteoporosis dan psoriasis,

3.Vitamin E - Antioksida , kepejalan kulit , bantu kulit lebih berseri dan melancarkan peredaran darah , juga baik untuk sistem produktif lelaki.

4 Vitamin C - Membantu melawan kancer , merangsang formasi kolagen , meningkatkan daya tahan penyakit , mempercepatkan penyembuhan luka , mencegah selesema dan juga gusi berdarah


Keistimewaan Vitalea Shaklee

    • 2 kali lebih antioksidan untuk mencegah kerosakan fungsi imun berpunca daripada radikal bebas
    • 2 kali lebih kalsium untuk pembinaan tulang
    • 2 kali lebih magnesium untuk mengekalkan rentak jantung, otot, dan fungsi saraf
    • 2 kali lebih Beta karotenauntuk membentuk vitamin A yang lebih biopotent
    • 3 kali lebih selenium untuk melindungi paru-paru, kolon dan prostat
    • 3 kali lebih vitamin K untuk menyokong proses pembinaan tulang
    • 6 kali lebih boron untuk menyokong kesihatan tulang
    • 10 kali lebih Biotin yang menyokong proses pengeluaran tenaga
    • Menggunakan Sistem Penyerapan Bioaktif berpaten eksklusif untuk Shaklee untuk meningkatkan penyerapan asid folik iaitu nutrien penting untuk kesihatan keseluruhan sel
    • Menjalani 349 ujian kualiti yang ketat untuk menjamin keaslian dan keberkesanan produk

Siapa perlukan Vitalea Shaklee?

    • Individu dewasa yang mementingkan kesihatan dan kecergasan tubuh jangka panjang
    • Individu yang tidak lengkap diet hariannya
    • Individu yang ingin meningkatkan sistem imun
    • Remaja yang sedang membesar
    • Lelaki dan wanita tidak kira peringkat umur
    • Wanita hamil, menyusukan anak dan dalam pantang
    • Wanita hamil atau sesiapa sahaja yang mengalami masalah Hb rendah














Nak  free tak Vitalea Multivitamin nie ? Tapi ada syarat - syaratnya yang boleh melayakkan anda mendapat sebotol Vitalea tanpa sebarang bayaran.Apa perlu anda buat adalah seperti berikut :


Pertama - Anda mesti mendaftar sebagai ahli Shaklee seumur hidup yang bayaran adalah sebanyak rm 69 sahaja. 

Kedua - Anda mesti membeli mana - mana produk Shaklee yang lain.Satu produk sahaja pun sudah layak. Nilai harga tidak ditetapkan 

Ketiga - Baru la anda akan diberikan percuma sebotol Vitalea Multivitamin..




Menarikkan.. Jadi apa tunggu lagi , syarat - syaratnya pun tak susah sangat tapi manfaat yang lebih anda akan dapat selepas itu amat berbaloi jika anda ambil peluang ini.

Apa perlu anda buat ?? Hubungi saya SEKARANG!!!!


Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:


Hana Binti Kasim
♥ sms/whatsApp: 019-5434395



♥ Email : hanabard105@gmail.com