CARA ORDER

INFO BERGUNA

Menu

Monday, 6 April 2015

Sembelit Selepas Melahirkan Bayi

Salam Sejahtera Semua

Sembelit ohhh Sembelit
Kebanyakan wanita yang baru bergelar ibu mengalami masalah sukar membuang air besar terutama pada minggu pertama selepas bersalin. Rasa bimbang tentang luka dan jahitan potongan (episiotomi) pada perineum membuatkan ramai ibu takut untuk ke tandas. Fahami masalah ini lebih lanjut dalam artikel seterusnya.


Sebenarnya ia adalah perkara biasa yang berlaku.
Selaindaripada kebimbangan luka jahitan akan terbuka atau takut meneran, terdapat beberapa faktor fizikal menyebabkan usus anda agak perlahan.



a.      Jumlah progesteron yang tinggi mungkin  menyebabkan masalah sembelit semasa hamil.
b.      Sistem pencernaan berfungsi  lebih perlahan semasa proses kelahiran.
c.      Ubat yang diberi untuk kelegaan sakit semasa proses kelahiran, seperti petidina boleh menyebabkan usus berfungsi agak perlahan berbanding daripada biasa.
d.      Kelahiran dengan bantuan forseps atau ventouse memberikan risiko lebih tinggi untuk sembelit.
e.      Kelahiran anak kedua dan seterusnya.
f.        Pengambilan suplemen zat besi atau ubat anti depresi.
g.      Mendapat jahitan pada luka.

Sakitkah buang air besar?
Ketakutan ibu untuk membuang air besar selepas bersalin membuatkan mereka sanggup menahan diri. Sebenarnya ketakutan tersebut tidak berasas. Bahagian antara anus dan perineum anda terasa kebas.
Ia disebabkan saraf di dalam dan mengelilingi vagina anda telah melonggar akibat kelahiran. Ini bermakna anda tidak mempunyai sensasi di tempat itu apabila menggerakkan usus untuk pertama kali.
Bahkan perasaan takut hanya menyebabkan ibu rasa lebih tidak selesa. Ia boleh memaksa anda mengetatkan otot sedangkan apa yang paling diperlukan adalah otot mengendur.
Hakikatnya ibu tidak akan mengoyakkan jahitan atau merosakkan sesuatu dengan menggerakkan usus. Adalah lebih memudaratkan jika tidak ke tandas sebab sembelit akan melonggarkan lantai pelvis anda.

Cara mengatasi sembelit?
1.      Amalkan rutin pengambilan makanan dan minuman yang teratur selepas sahaja melahirkan bayi. Banyakkan makan makanan berserat tinggi, terutama sekali buah-buahan dan minum banyak cecair (air dan sup).

2.      Cecair membantu menjadikan najis lebih lembut dan senang untuk dilepaskan. Suasana dalam hospital adalah sangat kering dan anda boleh ternyahhidrat tanpa disedari. Selain itu, menyusukan bayi boleh membuat anda dahaga, jadi ibu perlu banyak minum.

3.      Bangunlah daripada katil (apabila sudah kuat) selepas bersalin dan berjalan secara dekat dan kerap di keliling wad jika anda masih di hospital, atau semasa di rumah. Duduk atau berbaring dalam jangka masa yang lama hanya membuatkan masalah sembelit lebih teruk.

4.      Apabila perasaan hendak membuang air besar mula terasa, jangan abaikan, sebaiknya segera ke tandas. Duduk sepenuhnya di mangkuk tandas dan jangan menenggek.

5.      Luruskan belakang anda dan angkat lutut agar lebih tinggi daripada punggung. Jika boleh, letakkan kaki di atas bangku supaya lebih tinggi dan pijak dengan jari kaki. Letakkan siku di atas lutut. Tujuannya supaya berada dalam posisi yang paling mirip dengan mencangkung kerana ia cara yang paling baik untuk menggerakkan usus. Setengah wanita mendapati lebih senang menggunakan bekas najis bayi apabila kembali ke rumah atas sebab ini!

6.      Rebahkan diri, kemudian duduk tegak beberapa kali untuk menggerakkan otot-otot perut anda. Anda patut boleh merasa otot-otot mengetat dan mengendur.

7.      Ambil tuala wanita dan lipat dua, letakkannya atas perineum anda dan tutup sebarang jahitan, jika ada dan tekan dari depan supaya tidak terlucut. Membuat sebegini membantu menyokong lantai pelvis dan meyakinkan anda yang jahitan  tidak akan koyak (ia tidak akan berlaku!).

Bila saraf-saraf di dalam perineum anda sudah sembuh, anda mungkin terasa sakit bila menggerakkan usus. Ini adalah kerana perineum dan lantai pelvis turut bergerak ke bawah bila anda meneran. Menahan bahagian ini akan mengelakkannya daripada berlaku dan akan banyak melegakan kesakitan.Menolak dan meneran tidak akan membantu masalah sembelit dan mungkin menyebabkan kesakitan. Tapi ia tidak akan mengoyakkan jahitan anda.

Jika makan sesuatu atau meminum segelas besar air atau jus, anda akan merasakan desakan yang lebih kuat untuk ke tandas. Ini selalunya berlaku dalam 15 hingga 30 minit kemudian.Sebaik saja anda selesai makan dan minum, jangan duduk, sebaiknya berjalan-jalan di dalam rumah seketika.

Namun jika tiada apa-apa berlaku selepas tiga hari, anda perlu berjumpa doktor dan dia mungkin mengesyorkan ubat julap. Julap adalah berguna dan selamat untuk mendapatkan kelegaan jangka pendek. Ia bertindak dengan merangsang rentak semulajadi usus anda, tapi boleh menyebabkan kekejangan perut.
Selalunya doktor akan mengesyorkan julap cecair untuk diminum sebagai langkah pertama. Jika ini kurang berkesan menjelang tiga atau empat hari, supositori atau enema pakai buang yang kecil boleh membantu.Jangan  membeli sendiri ubat julap di farmasi tanpa preskripsi daripada doktor kerana pengambilan ubat julap bergantung kepada sama ada anda mengambil ubat-ubat lain, atau menyusukan bayi.

Bagaimana cegah sembelit untuk jangka panjang?
Sentiasa peka dan bertindaklah atas desakan badan anda.
Elakkan ubat yang mempunyai kesan sampingan sembelit, termasuk beberapa pil penahan sakit, jadi bertanyalah kepada doktor anda.
Banyakkan makan buah-buahan, sayur-sayuran dan minum banyak cecair dalam masa yang tetap.
Pastikan anda membuat senaman setiap hari seperti berjalan cergas dengan membawa bayi dalam kereta tolak.
Beritahu doktor jika anda menghidapi buasir atau rekah-rekah anus, yang boleh membuat sembelit menjadi lebih teruk.


Tips Mencegah/Mengatasi Sembelit Selepas Bersalin

1. Banyakkan minum air 2-3 liter air sehari. Ia bukan sahaja dapat mengatasi sembelit, tetapi dapat juga mencegah jangkitan pada pundi kencing dan juga membantu penghasilan susu ibu yang banyak. Kekurangan air akan menyebabkan luka lambat baik dan juga air susu menjadi kurang.

2. Makan makanan yang kaya dengan serat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran. Pengambilan makanan yang kaya dengan vitamin C juga amat digalakkan bagi mempercepatkan penyembuhan luka. 

3.Jika terasa ingin membuang air besar, segeralah ke tandas. Ketahuilah, lebih lama anda menahan, lebih keras najis dan akan menyebabkan keadaan menjadi lebih sukar.

4. Lakukan banyak pergerakan seperti berjalan dan senaman ringan kerana ini akan memudahkan anda membuang air besar.

Pengambilan supplement juga dapat membantu. Ibu digalakkan berpantang dengan OSTEMATRIX, mengandungi Kalsium dan sangat diperlukan untuk membantu pergerakan otot-otot badan yang lancar.

Pengambilan kalsium yang mencukupi akan dapat melancarkan pergerakan usus besar sekaligus membantu mengatasi masalah sembelit. Selain itu, kadar keperluan kalsium seorang ibu menyusu juga lebih tinggi berbanding yang tidak menyusu, maka ianya sangat sesuai untuk diamalkan setiap ibu di dalam pantang.Ia juga mngandungi Magnesium di mana ia bersifat laksatif. Magnesium melembutkan najis sekaligus memudahkan pembuangan.

Jom baca testimoni pengguna set pantang bersama OSTEMATRIX.






Oleh itu bagi ibu - ibu yang bakal bersalin tidak lama lagi boleh la membuat persediaan dengan mendapatkan Set Bersalin Lengkap untuk proses berpantang yang lancar tanpa sebarang masalah. 

Anda boleh hubungi saya terus untuk pembelian Set Bersalin mengikut bajet anda.Suppliment terbaik semestinya Shaklee



Hana Binti Kasim
♥ sms/whatsApp: 019-5434395

♥ Email : hanabard105@gmail.com














Reactions:

0 comments:

Post a comment