susuibu
Seringkali ada ibu menyusu yang mengadu kenapa susunya semakin berkurangan. Selain mempelajari teknik betul penyusuan susu ibu, ibu perlu peka terhadap pemakanan yang diamalkan sepanjang proses menyusukan anak.
Ada pelbagai petua dan amalan pemakanan sihat yang boleh ibu praktiskan bagi membantu meningkatkan pengeluaran susu ibu. 

Jom ketahui apa makanan yang boleh membanyakan penghasilan susu ibu.


1. Daun sirih
Sapukan sedikit minyak kelapa pada daun sirih. Layurkan pada api sehingga layu. Setelah suam, tekapkan pada payu dara. Lakukan setiap hari sehingga susu badan menjadi banyak.

2. Nasi panas, halia muda dan air asam

Makan nasi panas bersama halia muda yang ditumbuk halus dan dicampurkan dengan air asam.

3. Longan kering

Rebus segenggam longan kering yang telah dibasuh bersih dengan tiga cawan air sehingga kembang. Minum airnya.

4. Lobak Putih

Ambil sebatang lobak putih bersaiz sederhana. Cuci bersih dan kemudian potong kecil-kecil. Kisar sehingga halus. Selepas itu, campurkan dengan segelas air suam. Minum sebanyak dua kali sehari.

5. Bunga melur dan daun pucuk manis

Giling daun bunga melur atau daun pucuk manis sehingga halus dan tampal di sekeliling payu dara pada waktu pagi sebelum mandi. Pastikan anda cuci bersih kawasan payu dara sebelum menyusukan bayi.

6. Susu

Banyakkan minum susu. Seelok-eloknya ambillah hidangan susu sebanyak tiga hingga empat hidangan sehari.

7. Kacang tanah

Kacang tanah mengandungi kandungan protein yang tinggi, zat besi, vitamin E, kalsium, vitamin B kompleks dan fosforus. Kandungan protein dalam kacang tanah lebih tinggi daripada daging, telur dan kacang soya. Kandungan asid amino juga tinggi. Bagi menambahkan penghasilan susu badan, anda digalakkan mengambil kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing.

8.Halba dan jintan hitam

Cuci halba atau jintan hitam bersih. Selepas itu keringkan dan simpan dalam bekas bertutup. Cara menggunakannya, rendamkan satu sudu halba atau jintan manis dalam segelas air panas selama 15 minit. Kemudian tapis dan minum airnya.

9.Daun betik muda

Ambil beberapa helai daun betik sederhana muda. Cuci bersih dan rebus sehingga mendidih. Minum air rebusan tersebut dua hingga tiga kali sehari.


Petua tingkatkan penghasilan susu badan
  • Susukan bayi bila-bila masa dia berasa lapar : Lebih banyak bayi menyusu lebih banyak susu yang akan terhasil.Susukan bayi pada kedua-dua belah payudara sehingga bayi itu sendiri yang melepaskan puting setelah dia kekenyangan. Ini akan meransang lebih banyak penghasilan susu.
  • Jarak antara penyusuan mestilah tidak melebihi 2 jam. Susukan sekerap yang boleh, berikan bayi peluang untuk menghisap dari payudara untuk merangsang penghasilan susu
  • Jangan lupa untuk berasa tenang sewaktu menyusukan bayi. Ini kerana perasaan tertekan atau kurang keyakinan tentang kemampuan untuk menyusukan bayi juga boleh menyebabkan susu berkurangan.
  • Dapatkan rehat yang secukupnya.
  • Dinasihatkan tidak memberi bayi makanan lain selain daripada susu badan terlalu awal, seperti makanan tambahan, jus2, air masak atau buah buahan kepada bayi berumur kurang 6 bulan, kerana apabila baby makan makanan tambahan, bayi akan kurang menyusu dan ini sekaligus akan mengurangkan penghasilan susu pada ibu.
  • Amalkan surah Al-Baqarah ayat 60 atau surah hujurat dan sapu di kedua belah payudara. Sambil menyusukan, sentiasalah usap rambut bayi, cium bayi.
  • Penghasilan susu juga boleh terjejas akibat pemakanan. Bagi memastikan anda makan dengan betul, anda boleh melakukan perkara-perkara berikut:
  • Ambil hidangan seimbang berpandukan Panduan Piramid Pemakanan.
  • Banyakkan minum air (digalakkan air kosong suam) sepanjang hari.
  • Hanya ambil suplemen jika dinasihatkan oleh doktor.
  • Makan pelbagai jenis makanan yang kaya dengan nutrien.


Zikir dan Doa

  • Berzikir dgn kalimah YA MATIN(Maha Sempurna KekuatanNya) 70 kali setiap hari. Waktu yg paling bagus adalah pada waktu malam dan subuh. Anda juga boleh bacakan zikir tersebut dan hembuskan ke dalam segelas air lalu diminum.
  • Baca doa untuk ibu-ibu- "Ya ALLAH...permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan...AMIN..."
  • Baca Selawat dan bismillah sebelum menyusu dan mengepam.
  • Baca surah albaqarah ayat 60; letakkan tangan pada payudara, usap, dan doa dalam hati semoga Allah murahkan rezeki anak kita & supaya kita mampu keluarkan susu yang cukup pada anak kita hingga sekurang-kurangnya umurnya 2 tahun. InsyaAllah

Maksud ayat : Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: "Pukullah batu itu dengan tongkatmu", (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): "Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi".