
Salam Sejahtera
Sedikit perkongsian ilmu berkaitan dengan penyusuan. Jemput baca ye. Moga - moga ilmu kita makin bertambah.
Soalan:
Adakah memberi susu ibu kepada bayi hukumnya wajib dan adakah berdosa jika ibu memberi susu formula kepada bayinya?
Jawapan:
Hukum memberi susu ibu tidak wajib, ia hanya satu keutamaan. Ibu bapa yang memberikan susu ibu kepada bayi mereka bererti telah memanfaatkan anugerah yang ALLAH cipta dan kurniakan kepada para ibu.
Pemanfaatan ini secara tidak langsung merupakan satu kesyukuran dan ALLAH akan menggandakan kurniaan-NYA kepada para hamba yang bersyukur. Susu ibu juga adalah yang terbaik dari sudut perubatan kepada bayi berbanding mana-mana susu formula.
Namun diulangi bahawa hukumnya tidak wajib, maka tidak berdosa jika ada ibu yang memberikan selain daripada susu ibu kepada bayinya.
PENYUSUAN HAK BAYI
PENYUSUAN HAK BAYI
1. Para fuqaha menjelaskan penyusuan merupakan hak seorang bayi dengan pendapat mereka seperti berikut:
Maksudnya:
Penyusuan merupakan hak seorang bayi sepertimana nafkah menjadi sebahagian hak seseorang dewasa iaitu ibunya.
Maksudnya:
Penyusuan merupakan hak seorang bayi sepertimana nafkah menjadi sebahagian hak seseorang dewasa iaitu ibunya.
2. Perkara ini disandarkan kepada firman Allah SWT yang berbunyi:
Maksudnya:
“…dan kewajiban bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya…”
Surah al-Baqarah 2: 233
Maksudnya:
“…dan kewajiban bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya…”
Surah al-Baqarah 2: 233
3. Seseorang bayi memerlukan makanan yang diperolehi daripada penyusuan. Maka menjadi kewajipan ke atas bapanya untuk memberikan nafkah makanan dan pakaian kepada si ibu. Ini kerana melaluinya, bayi akan mendapat sumber makanan secukupnya.
4. Dalam perbahasan syariah, penyusuan disebutkan sebagai salah satu isu penting yang melibatkan isu-isu syariah. Penyusuan ini turut dikenali sebagai al-rada’ah
5. Al-rada’ah merujuk kepada keadaan di mana sampainya susu seseorang wanita ke dalam rongga tekak seseorang bayi sama ada dengan menyusu terus daripada payudara seseorang wanita atau melalui apa-apa kaedah yang boleh menggantikannya dengan syarat-syarat tertentu ( Abdul Karim Zaidan, Al-MufaÎÎal fi ahkÉm al-mar’ah wa bait al-muslim fi syarÊah al-islamiyyah, cet. 3, jil. 9, (Beirut: Muassasah al-Risalah, 2000), m/s: 462.)
6. Definsi ini menjelaskan bahawa terdapat tiga perkara penting dalam konteks penyusuan iaitu:
a. Bayi;
b. Ibu yang menyusu; dan
c. Kaedah penyusuan.
a. Bayi;
b. Ibu yang menyusu; dan
c. Kaedah penyusuan.
7. Sepertimana yang disebutkan dalam subtopik pertama, seseorang bayi berhak mendapatkan susu. Tempoh sempurna seseorang bayi itu mendapatkan susu secukupnya ialah 2 tahun genap. Perkara ini disandarkan kepada firman Allah SWT:
Maksudnya: “Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak mereka selama dua tahun genap,..” Surah al-Baqarah 2: 233
Maksudnya: “Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak mereka selama dua tahun genap,..” Surah al-Baqarah 2: 233
8. Manakala, seseorang wanita yang menyusukan bayi tersebut boleh terdiri daripada ibu kandungnya dalam ikatan perkahwinannya atau yang telah diceraikan atau wanita yang bukan ibu kandungnya.
9. Kaedah penyusuan pula merujuk kepada penyusuan terus daripada payudara wanita yang menyusukan atau apa-apa kaedah lain seperti susu yang diperah dan disimpan di dalam botol dan disusukan bayi tersebut melalui botol itu. Jika dilihat pada realiti hari ini expressed breast milk (EBM), menepati kaedah penyusuan yang disebutkan oleh para fuqaha.
10. Secara umumnya, telah jelas disebutkan, seseorang bayi perlu disusukan dan boleh disusukan oleh wanita yang bukan ibu kandungnya dalam keadaan yang memerlukan melalui kaedah penyusuan yang betul. Justeru, terdapat beberapa implikasi syariah dalam membincangkan isu ini.
Hukum Penyusuan dan Mekanisme Pensabitan Nasab
Hukum
Penyusuan
Penyusuan susu ibu yang melibatkan kepada ibu susuan
terbahagi kepada tiga hukum:
a. Hukum
asalnya adalah harus berdasarkan kepada firman Allah:
Maksudnya:
Dan ibu-ibumu yang menyusui kamu dan saudara-saudara
perempuan sepersusuan.
b. Hukum
seterusnya adalah makruh apabila ibu susu tersebut terdiri daripada orang
kafir atau mushrikah. Begitu juga susu dari seorang penjahat dan penzina. Inikerana
susu akan menjadi darah daging dan member kesan kepada akidah dan akhlak anak
tersebut. Sayyidina ‘Umar al- Khattab dan ‘Umar ‘Abd ‘Aziz pernah berkata yang
maksudnya, “ Susu ibu itu memberi kesan. Justeru itu, jangan kamu memberi susu
dari perempuan Yahudi, Nasrani dan penzina.”
c. Hukum
ketiga adalah wajib apabila seseorang bayi sangat memerlukan susu ibu dan
tidak boleh makan apa-apa kecuali susu ibu sahaja. Manakala ibu bayi tersebut
pula sudah hilang atau meninggal dunia. Pada masa yang sama, bayi tersebut
mungkin akan mati disebabkan kelaparan atau alahan yang dialaminya. Pada ketika
ini, mana-mana perempuan yang mempunyai susu badan menyaksikan peristiwa
tersebut adalah wajib baginya menyusukan bayi tersebut. Ini kerana nyawa
merupakan salah satu perkara darurat yang mesti dipelihara. Ini berdalilkan
kepada firman Allah:
Maksudnya:
Dan sesiapa yang menjaga keselamatan hidup seseorang
manusia, maka seolah-olahdia telah menjaga keselamatan hidup seorang
manusia semuanya.
Mekanisme
Pensabitan Nasab
Islam telah meletakkan dua mekanisme dalam penentuan mahram
penyusuan iaitu penyaksian “shahadah” dan pengakuan “iqrar”. Dalam isu
penyaksian ini, timbul perselisihan pandangan dalam menentukan jumlah dan
kedudukan seseorang saksi. Menurut mazhab Hanafi, penyaksian yang diterima
pakai dalam mensabitkan pengharaman susuan ialah sama keadaannya dalam bab
harta iaitu dua orang lelaki atau seorang lelaki dan dua orang wanita.
Sekiranya penyaksian melalui seorang wanita tidak boleh dijadikan hujjah
penyaksian tersebut. Manakala mazhab Syafi‘i pula memutuskan penyaksian dalam
kes ini ialah dua orang lelaki atau seorang lelaki dengan dua orang wanita atau
empat orang wanita. Menurut mazhab Hambali, jumlah bilangan saksi sama seperti
mazhab Syafi‘i kecuali mereka menerima penyaksian seorang wanita
iaitu ibu susuan itu sendiri.
Dalam hal ini pandangan yang terpilih adalah pandangan
mazhab Hambali berdalilkan kepada kisah ‘Uqbah bin al-Hārith yang
mana beliau berkahwin dengan seorang wanita bernama Ummu Yahya binti Abi Ihāb
telah dinyatakan dengan jelas dalam hadis di bawah.
عنْ عُقْبَة ابن الحَارِثِ: أنه تزَوَّجَ أٌم يحيى بِنْتَ أبي
إهابٍ فجاءَت امرأة (أَمَةٌ سَوداءُ)، فَقَالَتْ: لقَدْ أَرضَعتُكما، فَسأل
النَّبي صَلّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّم فَقَال: كَيفَ؟ وقَد قيلَ ففارقَها
عُقْبَة، فَنَكَحَت زوجاً غيره.
Maksudnya:
Daripada ‘Uqbah bin al-Haris, beliau telah berkahwin dengan
Ummu Yahya iaitu anak perempuan Abi Ihab, kemudian didatangi seorang wanita
(hamba perempuan berkulit hitam) lalu berkata: sesungguhnya aku telah menyusui
kamu berdua. Kemudian ditanya kepada Rasulullah SAW, baginda berkata:
Bagaimana? Dikatakan Baginda membubarkan perkahwinan ‘Uqbah, lalu
wanita itu mengahwini lelaki lain.
Berpandukan hadis ini jelas menunjukkan penyaksian seorang
wanita iaitu ibu susuan sendiri boleh dijadikan pembuktian yang mensabitkan
mahram susuan. Hadis yang diriwayatkan itu adalah hadis sahih. Pensabitan
mahram susuan juga diputuskan melalui pengakuan iaitu iqrar. Pengakuan
ini berlaku melalui pengakuan sama ada pengakuan suami atau pengakuan pihak
isteri. Pengakuan oleh kedua pihak ini memberi implikasi kepada penentuan hukum
sabit mahram atau sebaliknya.
0 comments:
Post a Comment