Seringkali pepatah menyamakan ibu bapa sebagai cermin kepada anak-anak. Anak-anak umpama melihat cermin apabila mereka melihat tingkah laku dan apa sahaja yang dilakukan oleh ibu bapa. Sebagai cermin seharusnya kita ingin memantulkan gambaran paling baik.
Maka berhati-hatilah dengan segala tingkah laku dan percakapan kita di hadapan anak-anak. Apa sahaja yang kita lakukan mudah sahaja akan ditiru oleh anak-anak. Jangan fikir anak anda masih kecil dan tidak tahu apa yang anda lakukan.
Bahkan pada usia kecil itulah mereka lebih cepat menyerap apa sahaja yang diperhatikan di sekeliling. Maka jangan terkejut jika satu hari nanti mereka turut akan mengeluarkan kembali perkataan tersebut atau beraksi sama seperti anda (yang negatif).
Sekiranya anda sering menuturkan perkataan ‘tolong’ setiap kali meminta sesuatu atau meminta bantuan dan ‘terima kasih’ jika menerima bantuan atau barang, tentu sahaja ia akan menjadi ikutan si kecil kelak apabila dia sudah pandai bercakap.
Namun jika anda memang jenis ibu ayah yang suka bercakap kasar tidak kira terhadap anak-anak atau dengan pasangan masing-masing maka bersedialah untuk turut menyaksikan anak bercakap kasar kelak.
Menetapkan peraturan dan disiplin dalam rumah yang mesti dipatuhi oleh anak-anak sememangnya didikan yang baik. Misalnya seperti peraturan tidak boleh makan sambil menonton televisyen, meletakkan baju kotor di bakul yang sepatutnya, menyusun kasut dan banyak lagi. Ini kerana kajian membuktikan anak-anak yang terbiasa dibesarkan dengan peraturan sejak kecil akan lebih mudah mengurus diri apabila besar kelak.
Tetapi janganlah peraturan tersebut hanya dipatuhi oleh anak-anak sahaja sedangkan anda selaku pembuat peraturan dan orang tua di dalam rumah melanggar peraturan tersebut. Kata orang jangan jadi seperti ketam mengajar anaknya berjalan. Menyuruh anak-anak berkelakuan baik tetapi diri sendiri berkelakuan buruk.
Ibu bapa adalah orang yang paling dipercayai oleh anak-anak. Anda orang pertama yang mereka kenal dan contohi. Oleh itu mulakan didikan positif untuk menjadikan mereka anak yang genius dunia dan akhirat.
1. Mulakan hidup anak dengan nama panggilan yang baik
Nama yang baik adalah satu doa kepada mereka. Oleh itu pilihlah nama yang mempunyai makna baik dan panggillah anak-anak dengan nama sebenar mereka bukan nama gelaran yang kadang kala membawa maksud buruk kepada si anak.
2. Peluklah anak sentiasa
Kajian mendapati anak-anak yang sering dipeluk dan dicium oleh ibu bapa sejak kecil akan membesar sebagai anak-anak yang positif dan kaya dengan kasih sayang. Bahkan IQ mereka juga lebih baik berbanding dengan anak yang jarang dipeluk.
3. Jangan didik anak dengan kemewahan
Walaupun anda mampu memberikan kemewahan kepada anak-anak tetapi jangan biasakan mereka membesar dengan segala macam barangan atau percutian mewah. Anak-anak mesti diajar menjadi orang yang pandai menghargai. Jika mereka terlalu dimanjakan dengan kemewahan, bimbang si anak akan membesar sebagai seorang yang terlalu manja.
4. Kurangkan gajet
Biarpun dunia masa kini tidak boleh lari dengan teknologi gajet tetapi janganlah mendidik anak anda keterlaluan bermain gajet. Usia kecil bukanlah masa terbaik untuk mereka meneroka teknologi gajet. Gajet hanya memberikan lebih banyak keburukan berbanding kebaikan kepada anak-anak kecil.
5. Pandang anak dengan pandangan kasih sayang
0 comments:
Post a Comment