Assalamualaikum...
Apa mood ibu - ibu hari ini?? Ceria ke atau sebaliknya. Mood ibu akan berubah bila melibatkan anak, ceria bila anak sihat dan cergas tapi tak ceria bila anak tidak sihat, demam ke selesema ke pasti mood berubah.
Sejak jadi ibu nie banyak saya dapat pengalaman baru. Lagi- lagi pengalaman bila anak demam dan selesema. Duduk berjauhan dengan keluarga memang bayak kena berdikari sendiri . Lagi - lagi melibatkan kesihatan anak.
Bila anak diserang selesema ibu - ibu perlu ada info yang cukup bagaimana nak atasi selesema anak supaya tidak mendatangkan mudarat yang lain pada anak. Untuk itu saya kongsikan sedikit tip bagaimana nak atasi @ hilangkan selesema anak.
Jom kita tambah info sikit

Jom kita tambah info sikit
Selesema memang penyakit biasa, namun jika menyerang bayi baru lahir, panik juga dibuatnya apatah lagi jika ia pertama kali berlaku. Bayi akan merengek tanda tidak selesa kerana hidungnya tersumbat. Akibatnya dia sukar untuk menyusu.
Jangan risau kerana jika diserang selesema biasa ia selalunya tidak serius. Para pakar menganggarkan kebanyakan bayi akan menghidapi selesema sebanyak lapan hingga 10 kali dalam masa dua tahun pertama kehidupannya.
Selesema adalah jangkitan bahagian atas saluran pernafasan berpunca dari pelbagai jenis virus. Ia mudah tersebar apabila orang yang selesema bersin dan menyebarkan virus selesema ke udara untuk dijangkiti oleh orang lain. Bayi cenderung untuk dijangkiti dengan mudah kerana semasa lahir sistem imuniti yang berfungsi hanya sebanyak 60 peratus sahaja.
Bayi yang menghidap selesema tidak boleh bernafas melalui hidung kerana tersumbat oleh mukus. Ini membuatkan mereka tidak selesa dan asyik meragam. Jika selesema berlaku di kalangan kanak-kanak, anda boleh memberikan mereka lebih banyak jus buah-buahan yang kaya dengan vitamin C.
Jangan berikan sebarang ubat selesema tanpa berunding dengan pakar pediatrik terlebih dahulu. Berikut cara untuk melegakan ketidakselesaan bayi atau kanak-kanak yang selesema.
*Jika hidung bayi tersumbat, tinggikan bahagian pembaringannya dengan meletakkan tuala di bawahnya. Jangan gunakan bantal untuk meninggikan kepala bayi kerana ia boleh menyebabkan gejala mati lemas.
*Bayi terlalu kecil untuk menghembus hidungnya sendiri, jadi sentiasa lap hidungnya supaya boleh bernafas dengan lebih mudah.
*Anda juga boleh menggunakan alat penyedut yang banyak dijual di farmasi untuk mengeluarkan mukus yang menyumbat hidung bayi.
Cara terbaik untuk mencegah bayi daripada serangan selesema iaitu berikan si kecil susu ibu sejak dia lahir. Ia dapat melindungi kesihatan bayi kerana selagi bayi menyusu badan, dia mendapat antibodi ibu dan imunisasi secara semula jadi. Sekiranya bayi jatuh sakit, penyakit tersebut ringan dan tidak berpanjangan.
Lindungi bayi daripada ahli keluarga yang sakit turut membantu mencegah jangkitan selesema. Jika mereka yang tidak sihat, pastikan membasuh tangan sebelum menyentuh bayi atau barang-barangnya.
Jika bapa kepada bayi seorang perokok, berhentilah dan elakkan mendedahkan bayi dengan persekitaran asap rokok. Anak yang tinggal bersama perokok berisiko lebih tinggi untuk mudah dijangkiti selesema berbanding bayi yang tidak terdedah kepada asap rokok.
Sebagai tambahan, beberapa supplement Shaklee juga boleh diamalkan oleh ibu-ibu yang menyusukan anak. Antaranya :
Cadangan shaklee:
1.mealshakes - Mengandungi Vitamin A , Vitamin B1, Vitamin B2, Vitamin C ,Vitamin B9, Vitamin B12, Vitamin B6, Vitamin D, Vitamin E, Kalsium yang lengkap untuk membantu tumbesaran anak-anak dengan sihat dan lengkap serta kaya dengan nutrisi. Nak tahu lebih lanjut sila klik - - -> khasiat meal shakes
2. Chewable Vita c Plus - Untuk menguatkan sistem pertahanan badan (imuniti tubuh) terutamanya jika musim demam melanda.Untuk dapatkan kulit yang cantik sebab Vitamin C memelihara kandungan antioksidan semualajadi dalam tubuh, jadi dalam masa yang sama dapat mengelakkan kerosakan sel kulit serta melambatkan penuaan.Untuk menguatkan struktur gusi dan gigi, jadi kalau ada masalah gusi tu sesuai sangat ambil Vitamin C.Vitamin C juga boleh membantu mempercepatkan penyembuhan luka dan kudis dan vitamin c shaklee semestinya semulajadi bukan sintetik dan mudah hadam.
Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:
Hana Binti Kasim
0 comments:
Post a Comment