Labels

CARA ORDER

INFO BERGUNA

Menu

Sunday, 7 September 2014

Susu Ibu Penawar Jaundis


Assalamualaikum...

Hai semua.. kali nie kita kongsi pulak pasal penawar Jaundis. Apa itu ? Ala kalau dah jadi ibu mesti tahu la. Lahir je baby mesti ada Jaundis. Kalau orang kampung panggil penyakit kuning. Bila baby lahir 2 atau 3 hari kebiasaannya akan kelihatan kuning bahagian muka , badan dan juga dalam mata.

Bila disahkan ada kuning pada bahagian tersebut, langkah awal kena pergi check di klinik berapa tahap penyakit kuning tu, maka tapak kaki baby dicucuk bagi mendapatkan darah untuk tujuan pengesahan. Yang jadi stress ibu - ibu nie sebab hari - hari kena pergi cucuk tapak kaki.Itu la yang saya alami masa bersalin anak kedua nie. 16 hari lebih kuning tak turun - turun.Katanya sebab si ibu berdarah O , itu yang mempengaruhi proses penurunan lambat. Antara solution nurse tiap kali pergi check " ibu mesti menyusukan baby kerap " 

Adakah Normal Bayi Alami Jaundis ?

Apabila  bayi disahkan mengalami jaundis, ibu bapa lazimnya menyempitkan pandangan dengan beranggapan bahawa ada sesuatu yang tidak kena dengan bayi. Keadaan tambah teruk apabila segelintir doktor yang mengendalikan kes jaundis tidak menjelaskan maklumat secara terperinci kepada ibu bapa terlibat. Jika inilah yang terjadi, maka seharusnya anda dan suami mendapatkan pelbagai fakta kukuh untuk menenangkan perasaan gundah gulana yang dialami.
Ketahuilah bahawa hampir semua bayi baru lahir pada masa kini akan mengalami jaundis! Dalam kebanyakan kes, jaundis dikalangan bayi baru lahir dianggap sebagai proses yang normal. Kebanyakan penyelidik melalui kajian masing-masing merumuskan ia merupakan pelindung bayi daripada kesan radikal bebas oksigen.
Jaundis yang kini kerap menyerang bayi baru lahir dikenali sebagai ‘physiological jaundice’. Ia bukannya penyakit! Malah, tiada apa-apa yang perlu dikhuatiri kerana ia sama sekali tidak akan meninggalkan kesan buruk selagi paras bilirubin tidak mencecah paras berbahaya.
Bayi pramatang atau kurang berat badan, amat mudah untuk mengalami jaundis. Malah, bayi yang tidak menyusu secukupnya terutama di awal kelahiran dan tidak membuang najis dengan kerap sangat mudah mengalami jaundis. Oleh kerana itulah, amat penting penyusuan susu ibu dimulakan awal dan dilakukan dengan kerap.
Bayi mungkin memerlukan rawatan segera tetapi susu ibu perlu diberi secara berterusan. Seelok-eloknya sejurus selepas dia lahir. Kolostrum dan susu ibu yang diterima bayi akan membantunya membuang air besar. Dengan yang demikian, ia mampu mempercepatkan proses penyingkiran biliburin dari sistem tubuh bayi.
Oleh kerana kita sedia maklum dengan pelbagai keistimewaan susu ibu, bayi tidak seharusnya dinafikan untuk menerima kebaikan susu ibu. Ketahuilah, bayi yang mengalami masalah kesihatan perlu diberi lebih banyak susu ibu berbanding bayi yang sihat.
Sebelum bayi dilahirkan, dia memerlukan banyak sel darah merah untuk memperoleh oksigen daripada darah anda. Sejurus lahir, dia tidak lagi memerlukannya kerana memperoleh oksigen melalui udara. Seharusnya, sel-sel darah merah yang mengandungi hemoglobin itu perlu disingkirkan segera daripada tubuhnya selepas lahir. Jika tidak, ia boleh diserap semula ke dalam sistem tubuh bayi.
Biliburin pula merupakan sisa sel darah yang perlu dikeluarkan daripada aliran darah oleh hati dan dibuang melalui mekonium dan najis bayi. Walau bagaimanapun, hati bayi belum sepenuhnya matang lalu menyebabkan ia tidak berupaya untuk memproses dan membuang biliburin dengan segera pada hari pertama kelahiran bayi. Atas sebab ini jugalah, jaundis biasanya berkembang pada tempoh ini.
Punca-punca Lain Anak Mengalami Jaundice/Demam Kuning

1. Penyakit kekurangan enzim G6PD di dalam darah.
2. Ketidak sesuaian kumpulan darah antara ibu dan bayi - iaitu faktor rhesus atau ABO. (Sekiranya anda berdarah O bayi anda lebih berisiko mengalami Jaundice/Demam Kuning ini)
3. Terlalu banyak sel darah merah(polycythemia)
4. Bayi pra-matang yang yang fungsi hatinya masih belum sempurna.
5. Komplikasi semasa lahir seperti selepas bersalin melalui kaedah vacuum.
6. Jaundis juga boleh berlaku kerana keadaan luar biasa seperti hypothyroidism, jangkitan kuman, ibu menyusu yang memakan jamu atau ubat tradisional tertentu, anak yang tidak menyusu secukupnya.
7. "Breast milk jaundice"."Breast milk jaundice" boleh terjadi di sebabkan oleh kandungan susu ibu yang luar biasa di mana ia mungkin mengandungi komponen "beta glukoronidase" yang boleh merencatkan pemprosesan bilirubin.


PANDUAN MENGELAK DAN MERAWAT JAUNDIS
1) Susukan bayi sejurus selepas lahir dan sekerap yang boleh. Harus diingat! kolostrum bertindak sebagai laksatif dan kekerapan pembuangan najis akan mengurangkan paras biliburin. Pada masa yang sama pantau pembuangan air kencing dan najis bayi. Untuk lebih memahaminya, anda perlu mendapatkan maklumat tentang panduan mengetahui sama ada bayi mendapat susu yang cukup ataupun tidak.
2) Elakkan memberi bayi air! Perlu diingatkan hanya 2% biliburin dibuang melalui air kencing manakala selebihnya menerusi najis. Jika bayi diberi air, ia hanya akan memenuhkan perut bayi yang secara langsung menyebabkan dia kurang menyusu susu ibu.
3) Galakkan bayi untuk kekal berjaga dan menyusu setiap dua jam. Ini kerana jaundis akan menyebabkan bayi mudah mengantuk terutamanya jika dia menjalani rawatan terapi foto.
4) Jika bayi kerap lena ketika menyusu terus daripada payu dara dan membuang najis kurang daripada tiga kali dalam tempoh 24 jam, anda perlu mengepam payu dara setiap kali selepas sesi penyusuan dan beri dia susu perahan menggunakan sudu, picagari, cawan atau tiub penyusuan jika ada. Memandangkan bayi kerap mengantuk dan jarang menyusu sepanjang paras bilirubinnya meningkat, penggunaan pam dapat memberi ransangan tambahan bagi memastikan bekalan susu mencukupi.
5) Dedahkan bayi kepada sinaran matahari kerana ia membantu bayi memecahkan bilirubin di bawah kulitnya. Bogelkan (hanya memakai lampin) dan dedahkan dia di kawasan terlindung tetapi banyak cahaya matahari seperti anjung di luar rumah.
6) Anda perlu mengelakkan diri daripada mengambil ubat-ubatan seperti aspirin dan dadah sulfa. Pastikan doktor yang merawat bayi tahu jenis ubat yang anda ambil. Anda mungkin boleh berhenti mengambilnya atau mendapatkan ubat alternatif lain yang mungkin tidak memburukkan lagi keadaan jaundis bayi.

Amalan Ibu Semasa Berpantang Untuk Menurunkan dan Mengelakkan Anak Mengalami Jaundice/Demam Kuning


1. Ibu perlu banyak memakan kurma dan menelan madu 1-3 sudu setiap pagi sepanjang tempoh menyusukan bayi, kerana susu ibu adalah yang terbaik untuk merawat masalah kuning, maka pastikan susu ibu tersebut terbaik keadaannya. Antara untuk memastikan jaminan kualiti susu ibu adalah kurma dan madu. Ini mengalakkan bayi membuang air besar dengan lebih kerap dan menyingkirkan bilirubin dari badannya. 

2. Titiskan 5-7 titis susu kambing ke dalam mulut bayi yang menghidapi masalah kuning tersebut.

3. Berpantanglah secara berdisplin, elakkan makan makanan yang dilarang. Jika ingin mengamalkan jamu biarkan dahulu setelah beberapa hari sekurang-kurangnya 14 hari selepas kelahiran baru anda mula mengamalkannya, kerana kebanyakkan jamu bersifat panas dan tidak sesuai untuk ibu yang sedang berpantang dan menyusukan bayi.

4. Jika boleh, elakkan penjemuran kerana kulit bayi masih nipis dan kurang perlindungan, jika terpaksa jemur, maka dijemurkan pada waktu awal dhuha (jam 830pagi -930pagi) lebih dari waktu ini, kulit bayi sudah tidak dapat menerima kepanasan cahaya tersebut.

5. Bayi setiap pagi diberi hisapan madu dari jari ibu atau ayahnya. (Petua ini tidak tertakluk kepada masalah kuning sahaja, malahan kepada yang tidak punya masalah)

6. Buat urutan lembut di pelipis bayi (atas kening), dari pangkal mata dalam ke pangkal mata luar, sambil berselawat atau bertasbih, paling kurang 7x, setiap pagi

Susu ibu adalah penawar yang terbaik untuk mengurangkan risiko anak anda mengalami Jaundice ini. Seeloknya :
1.Susukan bayi dengan susu ibu seawal jam pertama selepas kelahiran. Susu pertama ibu mengandungi kolustrum akan bertindak sebagai laksatif dan kekerapan membuang najis oleh bayi akan menurunkan tahap bilirubin.

2.Bertanyalah pakar laktasi cara-cara menyusu dengan baik. Pastikan bayi menyusu dengan cara yang betul untuk memastikan dia mendapat susu yang cukup.

3.Susukan bayi dengan kerap. Tidak perlu jadual yang khusus semasa hari-hari dan minggu terawal.Susukan bayi bila-bila masa yang dia perlu dan jangan lupa kejutkan bayi untuk menyusu 2 jam sekali sekurang-kurangnya.Ini kerana jaundis menyebabkan bayi mengantuk.
5. Bayi setiap pagi diberi hisapan madu dari jari ibu atau ayahnya. (Petua ini tidak tertakluk kepada masalah kuning sahaja, malahan kepada yang tidak punya masalah)

6. Buat urutan lembut di pelipis bayi (atas kening), dari pangkal mata dalam ke pangkal mata luar, sambil berselawat atau bertasbih, paling kurang 7x, setiap pagi

 Disamping penjagaan selepas bersalin , ibu juga perlu mengambil banyak nutrisi untuk memperbanyakkan susu ibu. Biasala kalau ibu yang pertama kali proses penyusuan baru nak bermula. Jadi kebanyakkan susu ibu masih kurang. Untuk penjagaan yang lengkap ibu dan bayi Set Bersalin Shaklee sangat membantu bagi bayi mendapatkan susu ibu sepenuhnya . 


Set Bersalin/Berpantang Shaklee telah terbukti selamat dan terjamin untuk kedua-dua ibu dan bayi. Set ini boleh dimakan sejurus selepas bersalin kerana ianya adalah vitamin semulajadi. Tidak memudaratkan malah memberikan kesihatan dan nutrisi yang baik untuk ibu dan bayi.

Mari kita baca khasiat dan kebaikan set bersalin Shaklee ini.....

Vita-Lea
* Ibu yg sdg berpantang di galakkan ambil vita lea sbb semasa dlm pantang bnyk makanan yg 
  kita xboleh makan so tenaga kita akan berkurang.
* Ibu banyak kehilangan darah selepas bersalin,oleh itu ibu perlu ambil makanan yg seimbang 

  dan berkhasiat bg m'gantikan semula darah yg hilang.
* Mengandungi zat besi yg sgat penting dalam pembentukan sel darah merah.
* Kekurangan zat besi blh menyebabkan ibu pucat,letih dan lesu serta tidak bermaya.
* Kalau nk bf baby,pengambilan zat besi adalah sgat penting.
* Vita lea xblh di ambil dgn minuman bersusu kerana ia akan mengurangkan efisinsi 
    penyerapan zat besi oleh badan.

B Complex
* Membantu menstabilkan hormon badan kita
* Jika kurang B complexblh menyebabkan ibu dalam pantang mengalami gangguan emosi..
* Membantu kita lebih bertenaga dan emosi lebih seimbang.
* Menukarkan makanan kpd tenaga

Zinc Complex
* Ibu2 yg xmakan ikan haruan atau pati ikan haruan zinc complex adalah pengganti yg tepat 
    kpd makanan tersebut.
* Galian yg sgat penting dlm membantu proses pemulihan.
* Membantu proses baik luka dalam badan kita terutama luka dalaman (rahim).
* Pengambilan zink bg ibu yg menyusu akan membantu anak yg disusukan membesar dgn 

   baik.
* Mengurangkan masalah rambut gugur
* Memabntu masalah KEDINGINAN selepas bersalin.

Vitamin C
* Berkonsepkan pelepasan masa.
* Ia melepaskan vitamin c secara sedikit demi sedikit mengikut keperluan badan dan demi 
   memastikan badan kita sentiasa cukup vitamin c dalam meningkatkan antibodi secara  
  konsisten.
* Vita c sgat perlu dalam membantu badan pulih dari proses kelahiran.
* Mempercepatkan penyembuhan luka jahitan.
* Memperbaiki tisu sel yg rosak semasa bersalin....
 
Energizing Soy Protein (ESP)
Ia memberi tenaga, membantu melancarkan penghasilan susu, penting untuk kelenjar dan tumbesaran, mencantikkan kulit si ibu, dan membantu kawal paras kolesterol dan memberikan rasa kenyang pada kadar yang lama. Sangat bagus utk perkembangan dan tumbesaran bayi kerana khasiat ESP ini dapat mengalir kepada bayi melalui susu ibu.Apa bezanya soya Shaklee ini dengan soya lain yang berada di pasaran? Soya Shaklee adalah non GMO soy. Ia juga dibasuh bukan menggunakan alkohol. Diproses dengan suhu yang sangat sederhana agar enzim didalamnya tidak musnah. Kualitinya sangat tinggi.


Pertanyaan, konsultasi dan pesanan produk boleh hubungi saya di:


Hana Binti Kasim
♥ sms/whatsApp: 019-5434395
♥ Email : hanabard105@gmail.com


0 comments:

Post a Comment