Labels

CARA ORDER

INFO BERGUNA

Menu

Monday, 15 September 2014

Saya Disahkan Mengandung?

Seronoknya bila disahkan mengandung kali pertama!

Bukan semua wanita yang baharu disahkan hamil mempunyai simptom awal yang sama. Pening kepala, mual dan muntah adalah tanda-tanda kehamilan yang biasa apatah lagi jika diikuti dengan lambat datang haid.
Adakah Saya Disahkan Mengandung


Bagaimanapun ada wanita yang tidak langsung mengalami tanda-tanda tersebut, adakah ia normal? Jangan risau tentang hal tersebut, sebenarnya tanda-tanda kehamilan setiap orang adalah berbeza-beza. Ini kerana badan manusia memberikan tindak balas yang berbeza antara satu sama lain.
Ketahui beberapa tanda kehamilan berikut yang mungkin dialami oleh sesetengah daripada kita tetapi tidak dialami oleh wanita lain yang melalui tanda kehamilan mual dan muntah. Bagaimanapun jangan khuatir dengan tanda-tanda kehamilan ini kerana ia sebenarnya menunjukkan janin yang dikandung adalah sihat.


Keluar lendir

Kehadiran cairan atau lendir berwarna putih atau kekuningan dari faraj anda. Tanda ini jarang dialami oleh wanita hamil. Ia menyebabkan anda berasa tidak selesa dan akan kerap menukar seluar dalam. Peningkatan hormon dan peredaran darah pada faraj dalam badan ibu yang baharu hamil menyebabkan lendir keluar lebih banyak daripada biasa.


Kembung dan kejang

Kesakitan di bahagian perut seperti masuk angin membuatkan bakal ibu akan mengalami kejang dan kembung perut.  Simptom ini tidak dialami oleh semua wanita hamil. Seeloknya elakkan makanan seperti taugeh, brokoli, kobis dan bunga kobis.


Terkencing

Tiba-tiba anda berasa mudah terkencing sekiranya sedang ketawa, bersin, batuk atau mengangkat objek berat. Puncanya kerana kawasan pundi kencing terbuka kerana ada janin sedang membesar dalam rahim anda. Rajinlah membuat latihan kegel dan jangan menahan air kecil.


Berdengkur

Mungkin sebelum ini anda tidak pernah berdengkur ketika tidur tetapi apabila baharu disahkan hamil, tidur anda diiringi dengan dengkuran kerana berlakunya radang pada membran yang menyebabkan lendir mengganggu pernafasan.


Mudah berpeluh

Tentu anda perasan yang secara tiba-tiba badan anda mudah berpeluh walaupun cuaca tidak panas. Hal ini berlaku disebabkan peningkatan metabolisme badan dan peredaran darah dipam ke seluruh badan maka suhu turut meningkat.


Masalah kulit

TIba-tiba muncul jerawat di wajah anda dan beberapa masalah kulit lain seperti tompokan hitam di wajah dan sebagainya. Jangan bimbang kerana ia masalah ketika hamil sahaja akibat badan mengeluarkan melanin lebih banyak sehingga menyebabkan tompok-tompok hitam pada muka.

Apabila anda disahkan hamil,  penjaga peringkat awal kehamilan amat penting supaya proses perkembangan Dan pertumbuhan bayi berjalan lancar.Selain itu ibu juga perlu lebih berhati - hati dalam pemilihan makanan bimbang beri kesan kepada baby dalam kandungan

Pada peringkat awal kehamilan bayi amat perlukan nutrisi yang cukup. Disamping pengambilan makanan seharian,  pengambilan supplement juga penting.






Untuk sebarang pertanyaan bolehla berhubung terus dengan saya. 

Call / whatsapp 019-5434395
Add Fb saya Hana Deqna
Like Page Sehat & Chantek Biz
Emel kepada: hanabard105@gmail.com




0 comments:

Post a Comment