Assalamualaikum..
Bertemu lagi kita ye. 
Anda pertama kali jadi ibu ? Teringat saya masa mula jadi ibu 2 tahun lepas. Pengalaman yang tak dapat dilupakan. Mula je mengandung saya masih belajar, tak banyak info yang saya cari sebab sibuk dengan tugasan kelas, tapi dihujung kehamilan baru saya mula cari segala info berkaitan HOW TO BE MOM??. Info yang paling fokus adalah selepas kelahiran, bagaimana nak menyusukan baby nanti, apa perlu disediakan jika anda nak full memyusukan baby.
Dalam usaha menjayakan penyusuan susu ibu, anda perlukan sokongan bukan sahaja daripada orang sekeliling tetapi juga produk kelengkapan penyusuan susu ibu. Apatah lagi jika anda seorang ibu berkerjaya.
Jika anda sedang hamil dan berazam untuk memberikan susu ibu secara eksklusif kepada si manja, pastikan anda membuat senarai semak tentang produk penyusuan susu ibu tersebut.
  1. Pam payu dara
Terdapat banyak pilihan pam payu dara di pasaran, oleh itu ibu berkerjaya digalakkan untuk mendapatkan pam yang boleh melakukan operasi pengepamana secara berganda. Ini bagi membolehkan anda menjimatkan masa yang terhad di tempat kerja.

  1. Bekas penyimpanan susu ibu
Tidak kira sama ada anda mahu memilih botol atau pun plastik penyimpanan susu ibu, pastikan ia bebas BPA. Dapatkan bekas yang mencukupi agar mampu menyimpan susu ibu perahan yang bakal dikumpul ketika di tempat kerja.

  1. Beg  pendingin
Saiz beg pilihan perlulah mampu membuatkan bekalan susu ibu perahan yang bakal dibawa pulang. Paling penting, ia mempunyai bahan penebat dingin agar dapat mengekalkan kualiti susu ibu perahan.

  1. Beg menyusu
Beg yang praktikal perlu bagi membolehkan anda memuatkan semua kelengkapan penyusuan, malah muda dibawa ke tempat kerja.

  1. Coli menyusu
Sekurang-kurangnya lima helai coli diperlukan sebagai permulaan. Selain coli biasa yang tidak mempunyai dawai, anda juga memerlukan sleep bra untuk kegunaan di rumah ketika tidur pada waktu malam.

  1. Pelapik coli
Tidak kira sama ada pelapik coli boleh basuh atau boleh buang, ia diperlukan untuk menyerap lelehan susu ibu tanpa meninggalkan sebarang kesan tompokan pada baju yang dipakai.

  1. Baju menyusu
Baju selesa yang mempunyai bukaan khas diperlukan agar memudahkan anda menyelak bukaan berkenaan ketika menyusukan bayi, mengepam atau memerah payu dara. Tidak kira apa jua reka bentuknya, paling penting utamakan baju yang dapat memberi keselesaan.

           8. Suppliment
 Seandainya anda mengambil supplement untuk tujuan penyusuan, perlulah difahami bahawa vitamin bukanlah salah satu cara membanyakkan susu ibu. Tetapi vitamin diambil demi memastikan tubuh ibu sentiasa sihat, bertenaga, ceria dan terus bersemangat serta secara langsung mampu membekalkan susu ibu kepada simanja.

Kejayaan penyususan antaranya adalah bergantung kepada kesihatan ibu. Konsep asas penyusuan perlulah difahami terlebih dahulu iaitu

LEBIH KERAP BAYI DISUSUKAN ATAU LEBIH KERAP SESI PERAHAN MAKA LEBIH BANYAK SUSU IBU DIHASILKAN




Pengambilan vitamin akan memberikan kesan yang BESAR dalam dunia penyusuan sekiranya si ibu memenuhi keperluan di bawah dengan penuh disiplin dan konsisten:

  1. Si ibu kerap menyusukan bayi secara langsung atau bagi ibu yang berkerjaya, membuat sesi perahan yang konsisten setiap 3 JAM atau tidak lebih dari itu sehingga payudara benar benar kosong.Iniakan merangsang hormon prolaktin yang menghasilkan lebih banyak susu.
  2. Si ibu memastikan pengambilan air yang seimbang dan secukupnya setiap hari iaitu tidak kurang dari 3 liter sehari dan memastikan dirinya mengambil makanan seimbang dalam menjayakan penyususan lengkap buat si manja.
Justeru itu, bakal ibu perlu membuat persedian awal dari segi mental dan rohani serta jasmani untuk menjayakan penyusuan bayi selepas kelahiran . Selain itu pengambilan suppliment semasa kehamilan juga amat membantu sebenarnya.

Berdasarkan pengalaman saya melalui proses kehamilan dan seterusnya mengamalkan penyusuan sepenuhnya kepada bayi saya,pengambilan supliment sangat membantu dan proses penyusuan menjadi mudah. Jadi pilihan ditangan ibu - ibu apa yang terbaik untuk bayi lahir nanti mendapat nutrisi sepenuhnya .

Moga perkongsian ini dapat memberi manfaat bersama. Jumpa lagi