CARA ORDER

INFO BERGUNA

Menu

Saturday, 12 September 2020

Berjaya Hamil Dengan Gla Complex

 


Salam Sejahtera


Apa pentingnya khasiat GLA Complex untuk wanita ? .

GLA Complex ni merupakan kombinasi minyak borage yang mengandungi asid gamma linolenik (GLA), asid linolenik (LA), minyak bunga matahari dan Vtamin E. Kebiasaannya digunakan untuk regulate kitaran haid, simptom PMS, sakit kepala dan untuk mereka yang menopause. Selain itu, GLA Complex ini amat bagus untuk skin texture, skin repair dan buat skin kita glowing 😍

Manfaat GLA Complex Shaklee :.

✔ Dapat membantu mengawal dan mengatur kitaran haid.

✔ Meningkatkan kesuburan.

✔ Melegakan PMS (Pre-Menstuatation Syndrome)

✔ Membantu dalam menangani menopause.

✔ Menguatkan kuku & rambut.

✔ Menjadikan kulit lebih sihat & berseri-seri.

Membantu menangani ekzema.

✔ Melegakan symptom akibat Rhematoid Artritis.

✔ Mengandungi Vitamin E untuk menguatkan dinding arteri.

✔ Menguatkn immuniti badan.

✔ Mempelahankn process penuaan.

✔ Mengurangkn “blood clot” yang menyebabkan serangan jantung.

✔ Mengawal kencing manis

✔ Mengawal kolesterol dan baik untuk saraf.


GLA ni boleh diambil oleh lelaki dan wanita. Dan sangat membantu terutama mereka yang mempunyai masalah jerawat, mereka yang punya masalah menstrual, monopause sindrom, darah tinggi dan kencing manis. Kelebihan vitamin GLA Shaklee ni, kerana ia mengandungi vitamin E yang asli.




Call /  0195434395
Whatsapp:


Add Fb saya : Hana Deqna untuk chatting secara langsung dengan saya berkenaan dengan produk.


Klik Like di FanPage saya : Hanna Vita's Shoppe


Monday, 10 August 2020

Lelaki & ESP Protien

 Salam Sejahtera




Siapa kata ESP nih khas untuk perempuan je...

Lelaki pun bole consume laaa 😉


Apa kebaikan dan manfaat ESP Shaklee untuk lelaki.

Apa yang membuatkan ramai lelaki suka mengambil ESP?


Ada yang ingat orang lelaki tak baik minum soya. Tapi sebenarnya banyak kebaikan dia untuk lelaki. Lagi pula protein soya ESP dari Shaklee ni yang banyak kebaikan dan manfaat bila anda rajin mengamalnya setiap hari.


10 Kebaikan ESP Shaklee Untuk Lelaki Yang Sangat Penting!


1. Jika tak sempat sarapan pagi, ESP boleh dijadikan alas perut waktu pagi. Bila perut kosong, anda tak boleh fokus buat kerja. InshaAllah dengan mengambil ESP dapat membantu lebih fokus dan cergas untuk melakukan aktiviti pagi tu.


2. Untuk atlet yang aktif bersukan, pengambilan protein ESP selepas bersukan boleh membantu mengelak ‘muscle tear’. Protein soya ESP membantu menguatkan otot, menyokong pembaikan dan pemulihan otot serta berupaya mengekalkan jisim otot.


3. Untuk mengawal berat badan. ESP mempunyai indeks glisemik yang rendah, 39. Indeks glisemik rendah, membantu paras gula darah kekal stabil, membuatkan anda berasa kenyang lebih lama dan bermanfaat untuk mengurangkan berat badan.


4. Untuk tulang yang kuat dan sihat. Isoflavon soya yang ada di dalam protein soya ESP membantu pertumbuhan tulang yang lebih kuat dan menyokong proses metabolisme tulang. Soya juga mengandungi kalsium semulajadi yang diperlukan tulang untuk tumbesaran yang sihat.


5. Untuk gastrik. Sibuk dengan tugas dan kerja seharian boleh mengundang risiko gastrik. Protein soya ESP yang bersifat alkali membantu meneutralkan asid gastrik di dalam perut sekaligus mengelak serangan gastrik. Juga membantu membaik pulih sel perut yang terhakis!


6. Untuk yang sering berasa letih dan tidak bertenaga. ESP membekalkan tenaga segera dan berkekalan. Protein soya juga memberi makanan kepada sel-sel tubuh dan ia membuatkan tubuh lebih cergas bertenaga.


7. Untuk kesuburan. Kandungan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan tubuh manusia penting untuk pembinaan sel-sel yang sihat termasuk sel telur. Ini sangat membantu menghasilkan sperma yang berkualiti.


8. Untuk kesihatan prostat. Genistein yang ada di dalam kacang soya terbukti berupaya mengekang pertumbuhan dan perebakan sel kanser. Jadi ia sangat baik untuk pembesaran prostat.


9. Untuk kesihatan. Protein soya ESP penting untuk membekal protein kepada tubuh. Ia membantu dalam sintesis hormone dan enzyme yang penting agar tubuh anda berfungsi dengan baik.


10. Untuk kesihatan kulit. Protein membina kulit yang sihat. Ia menggalakkan penghasilan, pertumbuhan, dan perkembangan sel-sel kulit yang sihat. Isoflavon, sebatian semula jadi yang terdapat di dalam soya juga dikaitkan dengan penampilan kulit yang lebih baik dengan mengikat reseptor estrogen di kulit anda. juga membantu meningkatkan keanjalan kulit dan meningkatkan penghasilan kolagen.


Selain itu, ESP Shaklee juga tiada kandungan kolesterol dan rendah lemak, yang juga penting dalam membantu mengawal paras kolesterol anda.


Untuk makluman anda,


1 hidangan ESP = 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu, tiada asid uric dan sangat mudah diserap badan manusia.


Juga kaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral.


Orang lelaki pasni kena rajin-rajin lah minum ESP Shaklee ok. Banyak sangat kebaikan anda dapat dengan hanya mengambil 1 hidangan ESP setiap hari.


Friday, 7 August 2020

Kelebihan Dan Testimoni Omega Guard














Salam Sejahtera




Omega 3 memang banyak khasiatnya!!

Bukan untuk kurus sahaja, bukan untuk perkembangan otak sahaja.. Malah bagus untuk gout, buasir, darah tinggi, kolesterol dan sebagainya😊

Kelebihan Omega 3 dalam OMEGA GUARD Shaklee

1. Minyak Omega 3 dalam Omega Guard Shaklee diesktrak dari ikan laut dalam dan berair sejuk (sardin, mackerel, herring dan anchovies)

2. Tidak dihasilkan dari minyak hati ikan yang mengandungi toksik

3. Omega 3  dalam Omega Guard Shaklee mengandungi 3 kali lebih tumpat dari ketumpatan minyak hati ikan


4. Sangat berbeza daripada produk omega 3 di pasaran kerana Omega Guard Shaklee satu satunya minyak ikan omega 3 paling tulen, lengkap dengan 7 jenis asid lemak omega 3 semulajadi termasuk EPA, DHA dan ALA

5. 1 kapsul Omega Guard Shaklee membekalkan 905mg asid lemak omega 3, EPA dan DHA

6. Omega Guard Shaklee dihasilkan daripada kaedah ultratulen bergred farmaseutikal berteknologi terkini




7. Kaedah utlratulen adalah proses penyulingan proprietari 3 molekul untuk mengektrask omega 3 yang tulen dan menyingkirkan bahan berbahaya seperti plumbum, merkuri, arsenik, kadmium, dioksin

Hati-hati memilih minyak ikan omega 3 di luar sana kerana kemungkinan tahap merkuri tinggi dan kualiti serta keberkesanannya belum tentu terjamin.😊







10 CARA MENAMBAH REZEKI & KEBERKATAN DALAM RUMAH TANGGA



Dalam Islam, terdapat beberapa konsep rezeki.
Ada rezeki yang perlu diusahakan,
Ada yang diberi percuma tanpa diminta,
Ada rezeki yang kita dah usaha, tapi akhirnya menjadi milik orang lain.

Umumnya jika kita membicarakan tentang rezeki,
kita akan terbayangkan wang yang banyak, rumah yang besar, kereta yang cantik, dan serba-serbi yang berkait dengan material.
Sebenarnya, rezeki itu tidak terhad setakat itu.
Ilmu, kesihatan, kelapangan masa, keluarga, kasih sayang, jodoh, zuriat, dan macam-macam lagi adalah rezeki.
Berada dalam circle ilmu yang saling berpesan-pesan ke arah kebaikan
dan meningati Allah juga rezeki

Sebagai hamba yang lemah, kita tentunya sentiasa mengharapkan rezeki daripada Pencipta.

Berikut adalah beberapa cara menambah rezeki yang dianjurkan dalam al-Quran dan sunnah.

1. MULA DARI SUMBERNYA✅

Jika kita sentiasa berasa ‘kurang’ walaupun gaji dah banyak, sila periksa semula sumbernya.
Adakah ia termasuk dengan sumber syubhah atau riba?
Allah telah menerangkan larangan memakan riba ini kerana ia adalah perbuatan menganiaya hak orang lain. Mungkin itu sebabnya rezeki terasa sempit atau walaupun kuantitinya banyak.

Firman Allah :

Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu memakan riba (dengan berlipat ganda) dan bertakwalah kamu kepada Allah supaya kamu mendapat keberuntungan.

(Surah Al-Imran: 130)

Di samping itu, jangan memandang remeh soal zakat sehingga lupa menunaikan tanggungjawab kita terhadap orang yang berhak terhadapnya. Dalam SOP 555 selalu sifu beri penekanan betapa pentingnya POWER OF ZAKAT ini.

2. MENJAGA HUBUNGAN KEKELUARGAAN DAN SESAMA MANUSIA✅

Walaupun sibuk bekerja siang dan malam, luangkanlah masa untuk berkasih sayang dengan pasangan dan anak-anak. Gembirakanlah mereka walaupun kita berada dalam keletihan. Jangan sampai tak ada masa menjenguk atau bertanya khabar kepada ayah, ibu, mertua, saudara-mara, dan jiran-tetangga. Didik pasangan dan anak-anak dengan ilmu mengenal diri, mengenal Tuhan.

Amalkan solat berjemaah bersama seisi keluarga walau 1 kali sehari sekalipun.
Amalkan mengaji bersama seisi keluarga walau 1x seminggu.
Keadaan isirumah sebegini akan dijaga oleh para malaikat.

Percayalah, tidak rugi kita bersilaturrahim dan menjaga hubungan sesama manusia kerana dalam sebuah hadis telah menyebutkan:

“Sesiapa yang suka untuk diluaskan rezekinya dan dipanjangkan umurnya maka hendaklah ia menyambung tali silaturahim.”

(Hadis Riwayat Bukhari)

3. BERSEDEKAH✅

Begitu banyak kelebihan sedekah yang sering kita dengar,
tak kiralah sama ada dari sudut Islam mahupun psikologi.
Menurut kajian, perbuatan memberi atau menyumbangkan harta, masa, tenaga, dan sebagainya kepada orang lain yang memerlukannya telah terbukti memberi manfaat besar terhadap manusia dari segi kesihatan mahupun emosi.

Dari Amru bin Auf ra katanya Rasulullah saw bersabda:

“Sesungguhnya sedekah seseorang Islam itu memanjangkan umur dan mencegah daripada mati dalam keadaan teruk dan Allah swt pula menghapuskan dengan sedekah itu sikap sombong, takbur dan membanggakan diri (dari pemberiannya).”

(Hadis Riwayat Bukhari)

Janganlah kita begitu ‘berkira’ dengan Allah kerana Allah mampu memberikan kita rezeki melalui sumber yang tidak disangka-sangka. Dalam satu syarahan, penulis Yasmin Mogahed pernah menyebutkan;

Jika kita kesempitan masa, sedekahkanlah masa kita untuk membantu ke jalan kebaikan.
Jika kita kekurangan wang, sedekahkanlah wang kita kepada yang lebih memerlukan, dan sebagainya.
Itulah formula rezeki yang amat berkesan.

Rasulullah SAW sendiri berpesan "Belillah semua kesulitanmu hidupmu dengan sedekah". Ini ertinya semua masalah boleh diselesaikan dengan sedekah.

Jangan lupa pula dengan ikhtiar dan keyakinan. Bezanya kalau sedekah tu, ikhtiarnya akan jauh lebih mudah.

4. MELAZIMI AL-QURAN✅

Allah telah menjanjikan keberkatan dunia dan akhirat kepada setiap orang Islam yang selalu meluangkan waktu untuk membaca Al-quran dan memahami isi kandungannya.

Ia adalah ayat-ayat dari Allah dan mukjizat yang teragung. Maka, rugilah sebenarnya jika kita tidak berusaha memahami isinya dan membaca ayatNya. Bacalah al-Quran setiap hari dan ajarkannya kepada anak-anak seawal usia. Anak-anak yang terdidik di awal usia dengan al-Quran, akan dilindungi oleh malaikat dan Allah jaga sepanjang dalam perjalanan hidupnya.

Seseungguhnya, rumah yang dibacakan al-Quran di dalamnya akan dipenuhi dengan berkat.

Firman Allah:

“Dan (al-Qur’an) ini adalah kitab yang Kami telah turunkan yang mengandungi berkat, mengesahkan kebenaran kitab-kitab yang diturunkan sebelumnya dan supaya engkau memberi peringatan…”

(Surah al-An’am: 92)

5. SOLAT DHUHA✅

Dalam sibuk memfokuskan pada kerja-kerja seharian di pejabat, menjaga anak di rumah, menyediakan makanan tengahari, terdapat satu rahsia dalam membantu anda mencapai keberkatan di dalamnya, iaitu dengan mengerjakan solat dhuha. Paling sibuk sekalipuan, sekurang-kurangnya 4 rakaat sudah memadai. Maka Tuhan akan cukupkan masa utk sepanjang hari itu untuk kita.

Terdapat banyak kelebihan luar biasa bagi solat sunat dhuha yang disebutkan dalam hadis.

Memetik salah satu daripadanya, Allah berfirman:

“Wahai anak Adam, janganlah engkau luput dari empat rakaat di awal harimu (solat dhuha), nescaya Aku cukupkan untukmu di sepanjang hari itu.” (Hadis Riwayat Ahmad)

6. ISTIGHFAR✅

Kalaulah dosa boleh ditayangkan pada kita selama kita hidup, mungkin ramai yang dah berputus asa kerana terlalu banyak berbuat dosa.

Tapi, penting untuk kita ingat bahawa Allah itu Maha Pengampun. Kita takkan mampu membayangkan betapa luasnya pengampunan Allah. Selagi mana kita memohon ampun kepadanya, ia tetap akan diampunkan walaupun dosa kita amat banyak, bak buih di lautan. Memohon ampun adalah perbuatan yang amat disukai oleh Allah. Malah, Allah turut menjanjikan kelapangan rezeki padanya seperti yang disebutkan dalam al-Quran:

“Maka aku katakan kepada mereka: ‘Mohonlah ampun kepada Tuhanmu, – sesungguhnya Dia adalah Maha Pengampun, nescaya Dia akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan (pula di dalamnya) untukmu sungai-sungai.”

(Surah Nuh: 10-12)

7. SOLAT TAHAJUD✅

Allah menjanjikan kemudahan bagi orang-orang yang dapat melakukan solat tahajud, iaitu solat sunat yang dilakukan di tengah malam. Antara salah satu kelebihannya, Allah akan memberikan jalan terang di dunia dan akhirat.

“Setiap malam Allah SWT turun ke langit dunia sampai tersisa sepertiga malam yang terakhir. Ia (Allah) pun berkata,” Adakah hamba-Ku yang meminta sehingga pasti Aku berikan apa yang dia minta? Adakah hamba-Ku yang berdoa hingga pasti Aku kabulkan doanya? Adakah hamba-Ku yang ber-istighfar sehingga Aku ampuni dosanya?”

(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

8. TAWAKAL✅

Jika kita sedang dilanda kesempitan, kuatkanlah pegangan kita kepada Allah. Jangan pernah kita berputus asa kerana di kala itulah peluang keemasan untuk syaitan ‘mencucuk jarum’.

Allah ada kan, mintaklah dengan dia
Iyyakana'budu wa iyya kanasta'in
(Hanya Engkaulah yang kami ibadahi dan hanya kepada Engkaulah kami mohon pertolongan).
Tuhan akan tolong pada hamba yang sujud kepada DIA.

Sekalipun kita dah berusaha dan belum mendapat hasil yang diharapkan, percayalah bahawa Allah Maha Mengetahui apa yang terbaik buat kita. Kta merancang, Allah juga merancang, sesungguhnya perancangan Allah itu Maha terbaik.

Seperti yang disebutkan dalam al-Quran (Ayat Seribu Dinar):

“Sesiapa yang bertaqwa kepada Allah(dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya), nescaya akan diberikannya kelapangan (jalan keluar dari segala perkara yang menyusahkannya). Dan diberikanya rezeki yang tidak disangka-sangka. Dan (ingatlah), sesiapa yang bertawakal (berserah diri bulat-bulat) kepada Allah, maka dicukupkan baginya (keperluan untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala yang di kehendaki-Nya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.”

(Surah At-Talaq: Ayat 2-3)

9. BERDOA DENGAN LEBIH SPESIFIK✅

Berapa kenaikan gaji yang kita perlukan?
Berapa nilai hutang yang ingin dilangsaikan?
Berapa pendapatan bulanan yang kita inginkan..??
Bila datelinenya kita perlukan?
Apa matlamat utama kita perlukan?

Ceritakanlah masalah kita secara spesifik dengan Allah. Sesungguhnya Allah senang jika hambaNya menyedari diri mereka lemah dan amat bergantung kepada Allah, dan bukannya bos di pejabat, bukannya pada orang atasan, atau sesiapa saja. sebaik-baik doa untuk dimakbulkan adalah doa pada waktu tahajud. Bak kata Imam Syafie, Doa pada waktu tahajud adalah doa yang seumpama anak panah yang tidak lari daripada sasaran.

Mintalah pada Allah! Dialah Tuhan yang Maha Kaya dan mampu mengabulkan setiap permintaan hambaNya.

10. MENSYUKURI SEKECIL-KECIL NIKMAT✅

Setiap kecukupan bermula dengan kesyukuran.
Ringankanlah mulut kita itu untuk menyebut Alhamdulillah apabila menerima sesuatu yang menyenangkan.
Bukan ketika kenyang saja.

Syukur ini adalah gembira dalam apa jua keadaan sekalipun.
Senang pun syukur, susah pun syukur
Sihat pun syukur, sakit pun syukur dsb
Bangun tidur ucap Alhamdulillah, selamat sampai di pejabat ucap Alhamdulillah, suami pulang rumah ucap Alhamdulillah. Semua hal-hal ini terlihat kecil, tapi bayangkan jika ia tidak dapat dirasai lagi oleh kita selepas ini?

Dan (ingatlah juga), tatkala Tuhanmu memaklumkan; “Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami akan menambah (nikmat) kepadamu, dan jika kamu mengingkari (nikmat-Ku), maka sesungguhnya azab-Ku sangat pedih”.

(Surah Ibrahim: 7)

BERSANGKA BAIKLAH KEPADA PEMBERI REZEKI✅

Allah telah menetapkan kurniaan rezeki setiap makhluknya yang melata di bumi ini, tidak terkecuali kita juga sebagai manusia. Oleh itu, bersyukurlah kita dan bersangka baiklah dengan setiap pemberian Allah. Sesungguhnya setiap kesenangan dan kesusahan, kedua-duanya adalah ujian.

Mudah-mudahan dengan semua amalan ini, bukan saja urusan dunia kita dipermudahkan, tetapi juga urusan di akhirat.

Omega Guard Untuk Anak


Kalau bercerita bab manfaat Omega Guard untuk kanak - kanak nie,  sejak umur setahun lagi Fayyadh dah amal sebiji Omega Guard setiap hari. Permulaan saya hanya picit kedalam minuman.  Tapi lama kelamaan dia dah mula pandai kunyah sendiri. 

Memang banyak manfaat Omega Guard untuk kanak-kanak. Selama nie saya hanya tahu best untuk Ibu - ibu hamil ja tapi bila tengok sendiri kesan selepas anak ambil setiap hari .

Paling ketara saya dapat lihat dari sudut perkembangan otak anak saya.  Ingatan kuat.  Kadang-kadang situasi yang lama lalui masih segar diingatan dia

Lagi saya syok Omega Guard nie pun bantu imun badan lagi kuat. Perasan saya sejak stok Vitamin C tak dipasaran omega la pengantinya.  Cepat respon kalau ambil secara kosisten 



 

Thursday, 6 August 2020

6 Ganjaran Dalam Perniagaan Shaklee



6 Ganjaran Dalam Perniagaan Shaklee
============================

💵 UNTUNG RUNCIT

— Ini adalah Untung Runcit yang pengedar dapat dari jualan produk. Pengedar membeli produk pada Harga Pengedar (DN) dan menjual pada Harga Runcit (SRP) yang disyorkan dan mendapat Untung Runcit dari perbezaan harga tersebut. (Untung Runcit = SRP - DN)

💵 BONUS KUMPULAN PERIBADI

— Apabila Pengedar dan Kumpulan Peribadinya menjana jualan produk bulanan, pengedar akan menerima bonus berdasarkan jumlah jualan produk tersebut. Jumlah Bonus Kumpulan Peribadi dibayar berdasar kepada jumlah jualan terkumpul bagi bulan kelayakan berdasarkan Jadual Bonus Kumpulan Peribadi Shaklee.

💵 BONUS KEPIMPINAN

— Sebaik sahaja pengedar mencapai tahap Senior Supervisor dan mula membina Supervisor lain di dalam organisasinya, pengedar akan mendapat Bonus Kepimpinan bulanan pada jumlah setiap Pemimpin Perniagaan sehingga enam generasi di bawah, bergantung pada pangkat efektif pada bulan tersebut. Ini adalah bonus atas usaha pengedar bagi menyokong dan membangunkan kumpulannya.

💵 BONUS INFINITI

— Bonus Infiniti adalah bonus bulanan yang dibayar maksimum 1.5% di atas Volum Belian Kumpulan (GPV) bagi setiap orang berdasarkan Pangkat pengedar serta Pangkat Pemimpin Perniagaan dalam organisasi - bermula dari pangkat Coordinator.

💵 PROGRAM GOLD AMBASSADOR (DUTA EMAS)

— Pengedar Shaklee, mempunyai keistimewaan untuk memperluaskan perniagaan ke peringkat antarabangsa di negara-negara yang Shaklee beroperasi.

💡INSENTIF TAHUNAN DAN PENGIKTIRAFAN

🕋 Program Lawatan Insentif

— Dapatkan Mata Ganjaran yang akan membolehkan pengedar dan ahli keluarga bagi lawatan ke destinasi yang hebat di seluruh dunia serta mendapat pengiktirafan dan ganjaran wang tunai untuk tahap pencapaian anda sepanjang tahun.

🎖Pengiktirafan

— Diiktiraf dan diberi ganjaran di atas kejayaan pengedar setiap tahun.

🚙 Program Subsidi Kereta

— Sejurus mencapai pangkat Supervisor, pengedar akan berpeluang untuk mendapat bonus kereta bulanan. Pemimpin yang layak untuk program ini boleh memohon bagi anugerah wang tunai untuk kereta impian seperti yang diperlukan.

—🍃

Selamat Hari Menuai Bonus hari ini ya.
Tahniah buat semua penerima bonus harini!
Sikit atau Banyak itu semua rezeki dari Ilahi yang kita patut syukuri, Alhamdulillah

Saya bersyukur Allah melorongkan dengan bisnes yang relevan sepanjang masa. Bisnes yang relevan ialah bisnes yang mampu memberi pulangan pada pengusahanya sentiasa tanpa gagal.

Kita selalu mendengar zaman sekarang ramai tertipu dengan money game atau janji janji kosong bisnes itu. Tapi ia berbeza dengan Shaklee.

Buat semua ahli Shaklee yang berdaftar, tidak kisah ahli itu guna untuk makan sendiri atau buat bisnes separuh masa atau buat bisnes sepenuh, mereka semua akan dapat bonus masing-masing atas usaha dan kelayakan mereka

Sebab itu setiap bulan kita panggil Bonus sebab bonus ni jumlahnya sentiasa berubah.
Ada yang menaik, ada yang menurun, ada yang sama seiring dengan usaha kita dan semestinya rezeki dari Allah SWT.

Inilah asas bisnes Shaklee, kebergantungannya atas keberkesanan produk dan usaha pengedarnya nak sebarkan manfaat besar produk dan peluang bisnes, Tiada masa goyang kaki, duit masuk kepuk-kepuk, itu salah konsep yang salah bagi Shaklee.

Memang susah nak kaya, tapi kalau nak kaya, kenalah hadap susah payah, sanggup buat sehabis baik beri komitmen dan tiada istilah goyang kaki.

Segala usaha ni kita buat sehabis baik dan kepada Allah SWT kita berserah dan meletakkan seluruh pergantungan.

Mahu berbisnes, begitulah kena hadap susah payahnya. Masa berniaga, kita berniaga bersungguh-sungguh. Masa bonus, kita nikmati hasilnya.

Jangan lupa bersyukur dan terus tanam azam untuk sebarkan manfaat baik dan bantu orang lain sihat dan berjaya.


Sunday, 14 June 2020

Khasiat B-Complex untuk Kulit Cantik


Selalu kita dengar, orang amalkan Vitamin C, Vitamin E dan Collagen untuk kecantikan, tapi jangan tak tau, B-Complex juga penting untuk memastikan kulit wajah kita cantik berseri.

Disebabkan itulah, B-Complex digabungkan dengan Vitamin E dan Vitamin C di dalam Set Kecantikan Kulit Shaklee.




Khasiat B-Complex untuk Kulit Cantik

1) Anti stress


Apabila kite stress urat-urat muka kite bekerja lebih kuat berbanding urat-urat ketika kita senyum, dan bila stress kite cenderung mengerutkan muka. Kerutan-kerutan stress itu boleh menyebabkan kedut-kedut pada wajah. Stress juga boleh menyebabkan jerawat. Tiada stress, tiadalah jerawat.


2) Membantu melindungi kulit dari pancaran matahari.


Salah satu punca kulit kusam adalah terlalu banyak terdedah pada matahari. Kulit ini kalau kusam memang mengambil masa ntk dipulihkan, pengambilan B-Complex sememangnye langkah bijak.


Lebih B-Complex diperlukan oleh orang yang terdedah kepada matahari kerana B-Complex bertanggungjawab sebagai pewarna kulit (melanin) yang rosak bila kulit 'tan'..


 3) Melancarkan perjalan darah


Anda sume tentu tahu kan perjalanan darah yg baik menmpkkan wajah lebih muda. Sebab tu la kalau kita pergi buat facial, die end up treatment dengan facial massage.

 Kenapa??


Kerana dia nak stimulate blood circulation kita. Perjalanan darah yg baik membantu kite kelihatan lebih muda, dan menghilangkan tekanan pada badan dan wajah.



  • Vitamin B memainkan peranan penting untuk fungsi tubuh kerana ia membantu menukar makanan kepada tenaga untuk sel-sel anda.
  • .B-Complex Shaklee menawarkan vitamin B yang lengkap, mengandungi 8 jenis Vitamin B bagi membantu memelihara kesihatan yang baik.


Kandungan B-Complex Shaklee :

🌸Vitamin B12
🌸Folat
🌸Vitamin B6
🌸Biotin
🌸Asid Pantotenik
🌸Niasin
🌸Tiamin
🌸Riboflavin

Kelebihan B-Complex Shaklee :

✔️Menghasilkan tenaga & berperanan dalam membantu kemampuan berfikir
✔️Mengelakkan penyakit beri-beri
✔️Merangsang pertumbuhan pada kanak-kanak
✔️Diperlukan untuk kesihatan mata, kulit, kuku, & rambut
✔️Mencegah stress
✔️Menguatkan antibodi tubuh
✔️Mencegah anemia
✔️Diperlukan untuk memproses & membaiki sel-sel darah merah.








Kepada yang mencari Vitamin B Complex  Ready Stock boleh la terus hubungi saya.

Insya Allah saya akan bantu mengikut keperluan anda 

Call /  0195434395
Whatsapp:


Add Fb saya : Hana Deqna untuk chatting secara langsung dengan saya berkenaan dengan produk.


Klik Like di FanPage saya : Hanna Vita's Shoppe


Wednesday, 10 June 2020

Ada Apa Dengan ESP?? 🍶



Ramai yang bertanya, ESP Shaklee ni bagus untuk apa sebenarnya dan sesuai untuk siapa.


ESP Shaklee sesuai untuk anda yang mengalami simptom ) berikut:


  • Lemah dan tak bertenaga.
  •  Kulit wajah kusam.
  •  Wajah penuh dengan tompokan bekas jerawat yang hitam.
  • Bekas gigitan nyamuk yang akhirnya menjadi kudis dan tinggalkan kesan.
  •  Rambut sering gugur.

Kalau awak nak tahu, ini semua antara punca kekurangan protein. Protein sangat penting kepada mereka yang inginkan kulit cantik dan tona warna yang sekata.

Mereka yang mempunyai parut jerawat yang berwarna hitam/gelap adalah disebabkan kekurangan protein untuk membina sel baru dan menyingkirkan sel kulit mati yang berwarna gelap tersebut.




Protein dari ESP Soy Shaklee sumber protein terbaik. Protein yang lengkap dan baik akan membantu membaiki, membina sel-sel tubuh yang sihat dan cantik. Sel-sel yang sihat lebih mudah menyerap vitamin berbanding sel-sel yang kurang sihat.

Esp Pilihan Bijak

Jadi untuk anda yang ingin memiliki kulit yang lebih sihat, cantik dan licin,
bolehlah cuba sendiri ESP 😊

Paling penting, semestinya HALAL, SEMULA JADI dan SELAMAT.  





Ada apa dengan Esp??.. Terjawab dah kan....untuk yang sedang alami musim kulit bermasalah dan buntu nak pulihkan macam mana boleh mulakan dengan rutin pengambilab protien lengkap setiap hari 

Insya Allah dengan berkat kosisten selama 27 hari ..pasti akan rasai perubahannya. Janji mesti kosisten ambil

Bagi yang nak order setong @ lebih boleh segera hubungi hana ya''+t




Friday, 15 May 2020

Ramadhan Challenger Day 2




Alhamdulillah..

Syukur Terima Kasih Allah 
Beri izin Saya, suami dan kawan-kawan lain bangun bersama-sama menghidupkan malam Ramadhan yg ke 21 

Untuk orang yg newbie (baru belajaq nak bangun malam) macam Saya ni, bagai satu kejayaan besar bila dapat bangun 2/3 malam. Alhamdulillah Alhamdulillah doakan moga diri ini istiqomah sampai mati. 

Saya tahu tahajud, tahu kebaikan, kelebihan tahajud. Tapi sekadar tahu. Nak bangun buat tu ya Allah, hanya Allah yg tahu. Macam bersiap nak pi medan perang. Berperang dengan diri sendiri, berperang dengan nafsu .  

Namun, Alhamdulillah. Allah mudahkan harungi semua tu. Terima kasih Allah. 

Tapi Saya perasan, perjalanan kehidupan harian kita juga pengaruhi kejayaan kita untuk bangun malam.

Siangnya jika kita tak banyak buat atau tak buat langsung perkara laqo macam tengok tv, drama, bergosip, mengumpat, mengata, Dan lain- lain insyaAllah mudah untuk kita bangun 2/3 malam walaupun malam tu kita tidur lewat.

 Fuhh kena kuat mujahadah semua tu untuk marhain yang macam Saya ni💪💪

Dan setinggi syukur Allah beri izin jumpa sahabat2 syurga , circle yg positiv. Terima kasih Murtadha Dakwah Centre beri saya peluang untuk perbaiki diri dengan ilmu- ilmu yang disampaikan dan terima kasih jadi 'push factor' untuk Saya dan rakan- rakan lain terus berjuang untuk menghidupkan 2/3 malam.

Elehh nak bangun malam pun kena ada team ka? Kena Ada push factor ka? 

Iyaa benar. Untuk orang-orang  yg macam Saya yg masih banyak kurangnya ilmu dan amal, bersyukur sangat jumpa circle macam ni. Fokus yg sama. Sama2 saling menumpang kekuatan. 


Harini Saya nak share tentang solat Tahajud yg Ustaz share tazkirah pagi tadi. (Baru sempat nak taip. Tak berapa sihat pulak harini)

🌝 Solat tahajud solat yg dilaksanakan setelah bangun tidur. Tiket untuk tahajud, syaratnya tidur walaupun sekejap.

🌝Afdhal dibuat secara sendirian. Tapi untuk suami isteri, afdhal dibuat berjemaah bersama2.

🌝Solat tahajud amat dituntut dijadikan ibadah tambahan. Sahabat Nabi tidak pernah meninggalkan tahajud. MasyaAllah hebat. 

🌝Sepertimana dalan surah Al Israk ayat 79, Allah menuntut untuk kita bangun tahajud pada 1/3 atau 2/3 malam.




Antara kelebihan solat tahajud,:

1. Memelihara dan menunjukkan kehambaan sebagai hamba yg soleh.

2. Memelihara diri dari perkara maksiat 

3. Melindungi diri dari penyakit dan wabak. 

🌝 Cara mendirikan solat

1. Niat solat tahajud dalam hati. Yg Bahasa Arab tu lafaz. 

Usholli sunnatat-tahajjudi rak'ataini lillahi ta'ala (Lafaz)

Sahaja aku solat tahajud 2 rakaat kerana Allah Taala (niat dalam hati) 

2. Baca tidak diwajibkan dengan mana- mana surah selepas surah Al Fatihah . Nak baca Al Fatihah saja pun takdak masalah.

3. Tetapi disarankan baca ayatul Kursi 7x pada rakaat pertama selepas Al Fatihah jika ada kemampuan. 

4. Baca surah- surah lain pon dibolehkan 

5. Disarankan baca surah Al Ikhlas pada rakaat ke2 selepas surah Al Fatihah.

6. Afdhol dibuat 4 rakaat dengan 2x Salam. 

7. Untuk solat tahajud yg ke2 disarankan baca surah Al Kafirun pada rakaat pertama selepas AlFatihah .Dan surah Al Ikhlas pada rakaat ke 2 selepas Al Fatihah.

8. Nabi S.A.W Suka baca 10 ayat terakhir surah Al-Imran selepas surah Al Fatihah. Tapi tak wajib. Kalau nak ikut Nabi lagi baik lah.

9. Ketika sujud terakhir dianjurkan untuk berdoa dengan doa berikut (rujuk gambar) .Baca 3x doa ini tetapi tidak lah menjadi kewajipan.

10. Kalau tak hafal doa 👆, boleh baca doa Nabi Yunus

لَّا إِلَـٰهَ إِلَّا أَنتَ سُبْحَانَكَ إِنِّي كُنتُ مِنَ الظَّالِمِينَ

“Laa ila ha illa anta, subhaanaka innii, kuntu minazzolimin”

11. Kalau tak hafal juga doa Nabi Yunus, boleh baca doa yg selalu Nabi baca menurut hadis daripada Anas R.A:
رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّار

Maksudnya: Ya Rabb kami, berikan kami kebaikan di duunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari seksa api neraka.”

12. Doa tidak boleh dilafazkan dalam bahasa Melayu atau Bahasa lain selain Bahasa Arab. Solat terbatal . Doa dalam hati saja dibolehkan dalam bahasa lain.

13. Kalau nak baca juga doa dalam bahasa Melayu atau bahasa selain Arab, baca dalam sujud yg di luar solat tahajud. 

Kaedah dia, selepas selesai bagi salam solat tahajud, terus sujud lagi sekali dan berdoa. Kerana ia tidak tertakluk dalam terma solat tahajud.
.
🌝 Simple sajakan solat tahajud ni. Kalau tak sempat 4 rakaat 2x Salam, buat 2 rakaat 1salam pun boleh.

'Ibadat yg paling dicintai adalah amalan yg sedikit tapi berterusan' - Hadis Riwayat Muslim

🌝 Jum Kita paksa diri kita bangun 💪(cakap untuk diri sendiri sebenarnya)

🌝 Kalam Imam Al Ghazali ' Asas untuk membolehkan sesorang ke syurga ialah
1. Iman
2. Ilmu
3. Amal
4. Iklas.

Pertama kita wajib beriman, dan wajib menambahkan ilmu untuk membolehkan kita beramal dan seterusnya baru mudah untuk kita pohon pada Allah, hadirkan keikhlasan dalam hati kita.

Semoga bermanfaat... Berkongsi itu sangat membahagiakan.. Semoga kita dikurniakan Malam hadiah dari Allah... Lailatul Qadar 

Apa Yang Kita Perlu Bila Hamil???



Sebaik saja kita dimaklumkan yang kita pregnant, dengan serta-merta mindset kita pun kena ubah. Sebab mulai saat itu, segala keperluan nutrisi dalam badan, akan dikongsi bersama dengan janin.⠀⠀⠀
⠀⠀⠀⠀⠀⠀
⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀
Kenapa Ibu Hamil memerlukan keperluan vitamin yang secukupnya : ⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀
⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀
• IRON - menghasilkan lebih banyak darah bagi menyokong keperluan khasiat pemakanan Ibu dan juga tumbesaran bayi. Sangat penting untuk Ibu Hamil yang mengalami Low HB.⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀
⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀
• ASID FOLIK - Menyokong pembentukan sistem saraf bayi, penghasilan hormon dan juga sel-sel darah merah. Elak ibu hamil stress⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀
⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀
• VITAMIN C - Ibu sangat mudah untuk terima jangkitan demam, batuk dan selsema. Vitamin C sangat perlu untuk kuatkan sistem imun badan selain bagus untuk kulit bayi.⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀
⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀
• KALSIUM - Merupakan nutrisi yang sangat kuat diserap oleh bayi. Ibu akan cenderung utk mengalami masalah gigi rapuh, kejang kaki. Pengambilan kalsium yang cukup, akan membantu menguatkan tulang bayi dan Ibu.⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀
⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀
• OMEGA 3 - Penting untuk perkembangan otak bayi dari peringkat awal pembentukan. Selain itu, Omega membantu mengelakkan pembekuan darah, risiko sakit jantung dan darah tinggi ketika hamil.⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀
⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀
• PROTEIN - Sangat diperlukan untuk pertumbuhan jaringan pada janin. Juga membantu membekalkan Asid Amino yang bertindak membentuk otot dan organ bayi.⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀
⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀⠀
Berminat nak mencuba Set Kehamilan Shaklee?




Wednesday, 13 May 2020

Promosi Set Ibu Hamil


WOW!!

Shaklee announce PROMO Set Hamil(Prenatal Set) dilanjutkan sehingga akhir Mei ni!  Terbaik..Dapatlah membeli dengan harga promo lagi. Yeay!



Alhamdulillah.

Ibu-ibu yang NAK pregnant, dan SEDANG pregnant, Hana sangat recommend set ni :)
Nutrisi lengkap untuk anda. InshaAllah.

Set Hamil Shaklee membekalkan nutrien yang cukup lengkap untuk keperluan ibu-ibu yang hamil. Pemakanan seorang wanita memberi kesan besar terhadap perkembangan dan pembesaran bayi dalam kandungan.

Setiap ibu hamil wajib mengambil vitamin yang ada dalam Set Prenatal Shaklee untuk kesihatan menyeluruh ibu sepanjang kehamilan dan kesihatan janin sehingga dilahirkan.

🌸Set premium ibu mengandungi 6 vitamin:

✔ESP
✔OsteMatrix
✔OmegaGuard
✔B-Complex
✔Vita-Lea Iron Formula
✔SR Vita-C Plus

Tahan 2-4 bulan

INFO PENTING ☘

Ibu mengandung sering alami keletihan yang amat, sengal otot dan sakit pinggang kerana kekurangan kalsium yang perlu dibekalkan kepada bayi dalam kandungan yang sedang cepat membesar.

✅Melalui set ni, ibu akan dibekalkan susu rendah lemak dan rendah gula ESP yang diperbuat dari soya berkualiti tinggi. 
Susu ini mengandung kandungan protein yang lengkap yang diperlukan untuk tumbesaran bayi.

✅Soya ESP ni adalah soya asli tanpa bahan ubahan genetik yang merbahaya seperti di pasaran.

✅Maka soya ini adalah soya terbaik untuk ibu dan bayi serta selamat digunakan tanpa alergik, eczema atau sebarang side effects.

Susu ESP dan OsteMatrix ini mengandungi kalsium yang secukupnya untuk ibu dan bayi.

Ibu takkan rasa letih dan sakit badan lagi.

Selain kalsium, ibu mengandung memerlukan supplements tambah darah kerana darah diperlukan lebih banyak demi untuk bekalkan zat dan oksigen kepada bayi.

Kini ibu ada orang tambahan dalam badan.

Ibu yang kurang supplements darah, serong mengalami masalah anemia.

Kesannya adalah membahayakan nyawa bayi serta bayi tidak membesar dengan sempurna.

🌸Dalam set ni kita ada SUPPLEMEN tambah darah yang terbaik iaitu: 
✅Vita-Lea Iron Formula
✅B-Complex
✅SR Vita-C Plus

Gabungan 3 ini akan bantu ibu atasi masalah pucat, pening, anemia dan rasa terlampau letih sehingga nak pitam.

Yang terakhir adalah 
✅OmegaGuard.

🌸OmegaGuard mengandungi omega-3-fatty acid yang diperlukan oleh bayi untuk pembentukan otak, saraf, mata yang sempurna.

☘Kebaikan OmegaGuard adalah ia tidak hanyir seperti jenama lain walaupun diperbuat dari ikan laut dalam. Ia melalui proses penyulingan sebanyak 3 x bagi menghilangkan logam merkuri yang sering terdapat dalam ikan laut dalam. Kandungan merkuri ini merbahaya kepada ibu mengandung dan bayi.

☘Oleh itu, OmegaGuard Shaklee adalah jenama paling selamat untuk ibu mengandung.

☘Dengan pengambilan set mengandung ini, ibu mengandung pasti alami kenangan paling indah semasa memgandung seperti ibu-ibu lain yang sudah mencuba.


Jom tengok TESTIMONI SET IBU HAMIL









Kepada yang mencari Set Ibu Hami Ready Stock boleh la terus hubungi saya
Insya Allah saya akan bantu mengikut keperluan anda 

Call /  0195434395
Whatsapp:


Add Fb saya : Hana Deqna untuk chatting secara langsung dengan saya berkenaan dengan produk.


Klik Like di FanPage saya : Hanna Vita's Shoppe



Tuesday, 12 May 2020

Cinch Tea Shaklee



Teh eksotik putih, merah dan hijau Matcha dipetik dengan berhati-hati dan diadun sempurna untuk menghasilkan minuman yang sungguh luar biasa!

Ia bertindak pantas untuk memberikan rangsangan tenaga semulajadi di samping meningkatkan kesihatan keseluruhan.

Antara manfaat Cinch Tea Mix Shaklee :-
.
✅ Rangsangan tenaga secara semula jadi dan selamat.
✅ Sedap diminum, sama ada panas atau sejuk.
✅ Alternatif terbaik kepada snek manis dan kopi.
✅ Cepat bertindak untuk meningkatkan tenaga.
✅ Tiada perisa, pewarna dan pemanis tiruan.
✅ Bungkusan berbentuk "ù" yang mudah dibawa kemana sahaja bagi setiap sajian.


Antara bahan semulajadi yang terkandung didalam CINCH TEA MIX :-
.
🍃 Matcha Greean Tea - Antioksida yang sangat tinggi, energy booster, metabolisme booster bakar kalori sebanyak 4x ganda
.
🍃 Taurina - Menggalakkan metabolisme lebih bertenaga, larutkan lemak membantu menghasilkan otot tanpa lemak
.
🍃 White Tea - Membakar lemak berlebihan menghalang penghasilan sel lemak yang tak perlu meningkatkan metabolisme
.
🍃 Rooibos Red Tea - Melarutkan lemak meningkatkan kadar metabolisme iaitu pembakaran lemak agen detox yang kuat.


Ada yang ternampak banyak testimoni berkaitan dengan Cinch Tea Shaklee ni?

Ramai yang cakap minum tea ni, badan terus rasa bertenaga dan mudah nak buat kerja semua.

Jadi, saya  kongsikan sedikit info mengenai Cinch Tea ni untuk kawan-kawan semua.

✅ Ia adalah minuman yang menyegarkan, yang mengandungi 28 sachet.

✅ Sesuai kepada yang kurangkan minum kopi dan minuman manis kerana cinch tea ini adalah cara yang selamat dan semulajadi untuk menceriakan hari dan menukar saiz pakaian anda.

✅ Ia berasaskan campuran eksklusif teh hijau, putih dan merah, serta taurina untuk meningkatkan tenaga seharian agar badan kita sentiasa segar dan cergas.

✅ Boleh dinikmati pada bila-bila masa, minuman panas atau sejuk.

✅ 1 sachet untuk 1 hidangan.

✅ Ia juga bebas gluten, tanpa tambahan pengawet, pewarna atau perasa tiruan.

Antara Testimoni yang sudah mengamalkannya..